Sunday, October 14, 2012

Keguguran di awal kehamilan

Kebelakangan ni Norsi banyak mendengar cerita rakan-rakan yang keguguran. Setiap kali dengar, rasa sedih. Tak terbayang bila kandungan yang diharap-harapkan gugur.

Takdir ALLAH.. akhirnya Norsi sendiri keguguran. Biarpun kandungan baru masuk beberapa minggu, tetap terasa bila tahu kandungan dah takde. Semuanya salah Norsi juga. Dah tahu mengandung, nak juga mencangkul tanah. 

Petang Rabu lepas, bosan duduk2 je, Norsi pergi mencangkul di belakang rumah. Lepas mencangkul sikit, rasa sakit dan tidak selesa. Jadi Norsi berhenti. Tengok-tengok.. ada 'bleeding' sikit. Hati dah tak sedap. Telefon en big boss di tempat kerja. En big boss pulak gilirannya kerja malam tu. Norsi cakap kat en big boss, kalau masih 'bleeding', nak pergi klinik. Lepas Maghrib, masih lagi 'bleeding' jadi en big boss balik sekejap untuk hantar Norsi ke klinik.

Bila jumpa doktor di klinik, SANGAT2 MENGECEWAKAN! Sekadar dengar Norsi cakap Norsi pregnant dan bleeding bila mencangkul, doktor tu cakap, 'tak apa2. bleeding sebab awak buat keje berat.' Tak amek tekanan darah ke, scan ke, check nadi pun tak. Geram sangat2!! Paling2 dia cakap, kalau berlaku pendarahan teruk, keluar ketul2 darah baru risau. Nak je cakap kat doktor tu, 'KALAU MACAM TU DAH GUGUR LA DOKTOR! SEKARANG NI SAYA NAK ELAKKAN DARI GUGUR!' Sudahnya balik macam tu je.

Pagi Khamis tu bila pendarahan masih tidak berhenti, walaupun sikit2 tapi jumlahnya makin bertambah dari sebelumnya, hati Norsi bertambah2 tak senang. Perut dan belakang Norsi pun sakit2 macam nak period. Akhirnya tel seorang kawan yang bekerja di klinik. Katanya kalau makin banyak baik ke hospital. Terus Norsi telefon en big boss di tempat kerja, ajak ke hospital.

Di hospital, doktor yang bertugas scan. Katanya kandungan masih 'intact' (masih ada di rahim) tapi agak kecil. Kebetulan pula doktor pakar sakit puan datang, terus doktor sakit puan tu yang periksa. Katanya walaupun kecil tapi masih ok. Dan Norsi disuruh datang 2 minggu lagi untuk scan kandungan dan dibekalkan ubat. Doktor tu pun beria2 pesan, kalau rasa sakit macam nak bersalin, atau keluar ketul2 darah yg tak hancur bila ditekan, datang bawak ke hospital.

Sampai di rumah, en big boss suruh rehat je. Langsung tak memasak hari Khamis tu. Sepanjang hari menahan sakit2 perut dan belakang badan. Dan pendarahan pun berterusan dah macam period. Tapi, kami masih berharap kandungan ni dapat bertahan. Norsi berdegil cakap kat diri sendiri takde apa-apa.

Tapi pagi Jumaat tu, Norsi baca di salah satu web kesihatan, katanya (more or less) - 'miscarriage is a way of our body deals with unhealthy pregnancy'.  Entah kenapa, bila baca tu, tiba2 rasa that perhaps this one is not meant to be. Norsi redha. Dan beberapa jam selepas tu, perut Norsi sakit macam nak bersalin dan terus kandungan tu keluar. Dan bila nampak je ketulan tu, terus tahu.. Norsi dah gugur. Norsi cakap kat en big boss, 'Agaknya sebelum ni memang dia nak gugur tapi tak kuar sebab Norsi bertahan. Tu yang bleeding je tak berhenti. Tapi bila Norsi redha je, terus dia keluar'.

Di hospital, sekali lagi Norsi di scan. Doktor pun kata dah tak nampak. Dan bila doktor tu tengok ketulan yang Norsi bawa (seperti yang dipesan), lembut je dia pegang bahu Norsi dan kata, 'memang dia la tu (she means it's confirm miscarriage)'. Masa ni walaupun Norsi senyum je kat doktor tu tapi rasa sedih. Dan lepas tu tetap kena seluk. Sakit. Sob sob. Tapi Alhamdulillah, doktor kata keguguran sepenuhnya. Tak perlu cuci. Norsi dibekalkan ubat (lagi). Kali ni lagi la banyak. Kebanyakannya vitamin, zat besi dan antibiotik. Dan sekali lagi pesanannya, kalau excess bleeding atau demam cepat2 ke hospital.

Dan sekarang ni tengah berpantang yang tak macam pantang. Mana taknya, bebudak dua orang ni mana paham yang maknya tak larat. Sepah rumah macam biasa :)

Buat kengkawan yang pregnant tu, jaga kandungan bebaik ye. Takpe manjakan diri terutama di awal kehamilan. Biarla orang kata mengada pun dari kehilangannya. Pengajaran buat Norsi.. jangan ingat diri kuat sangat semua pun boleh buat. Sob sob.

3 comments:

jumurama said...

awak...sedih saya baca entry ni...inshaallah ada hikmahnya.awak mencangkul tu hanya sebahgian dari sebabnya.yang pasti Dia lebih tahu...saya pulak yg mcm emo lebih2...sob sob..:(

oh ye.tolong berehat(sambil jg 2org budak kecik tu) and jaga kesihatan awak tu.jgn NOTI.plzzz

nome said...

ada jugak doc bodoh camtu yer....oopps kasar sket ckp mie sbb mie geram dgn doc2 camni...pandai ckp jer...at least cek la kita ni dulu kan...bersabar ye darl...simpati kat norsi

Norsi said...

jumurama : terima kasih awak. saya Alhamdulillah dah ok fizikal dan mental (^_^) cuma cepat penat je.

nome : tu la pasal. tensen tol ngn doktor tu. idok la.. kurang2 check la dulu kan. memang la misscarriage ni tak de ubat tapi at least check aa dulu utk pastikan tak apa2.

sib baik doktor kat hospital likas tu baik.