Catatan untuk seminggu yang dah berlalu secara rawak :
- Hujung minggu lepas mendapat perkhabaran sedih. Seorang sahabat kehilangan ayahanda tercinta. Sungguh Norsi tumpang bersedih. Sebak dada, mengalir airmata bila membayangkan keperitan kehilangan bapa. Iya.. Norsi tahu peritnya kerana Norsi juga telah kehilangan abah tercinta. Buatmu sahabatku Normy, semoga kekuatan dan ketabahanmu berterusan.
- Seminggu dua ni cuaca panas di KK. Seronok membasuh sebab baju kering dengan jayanya. Tapi membasuh je yang penuh semangatnya, bila tiba bab melipat.. haiiiii... bercintanye lah. Sudahnya baju berlonggok2 tak berlipat.
- Malam kelmarin tiba2 tiada elektrik. Di sini mmg biasa kalau elektrik tiada tiba2. Nasib baik jugalah masa tu tengah online. Bateri laptop pun tengah penuh jadi Norsi suruh bebudak ni duduk dekat laptop sementara Norsi cari lampu suluh. Nasib baik juga sekejap je takde elektriknye.
- Dua tiga hari ni sibuk buat sampul untuk kad kahwin adik. Senang je nak buatnya tapi banyak betul tukang 'bantu'nye. Jadi baru siap berapa puluh je. Ada ratus lagi ni. Kena la lebih merajinkan diri.
No comments:
Post a Comment