Baru-baru ni Norsi kena cabut gigi. Dua batang skali ðŸ˜ðŸ˜
Norsi memang takut nak cabut gigi. Masa kecik2 dulu ada pengalaman tak best cabut gigi jadi fobianya sampai ke tua ni. Takut punya pasal, sepanjang gusi nak baik tu mmg hati tak tenteram. Asal sakit sikit je susah hati. Takut serpih gigi tertinggal la, takut kena dry socket la, takut gusi x baik la. Jadi untuk tenangkan hati yg gundah gulana, Norsi cari dalam internet. Apa yg patut kita jangka bila cabut gigi. Jadi Norsi listkan kat bawah ni apa yg patut kita jangka bila cabut gigi berdasarkan pembacaan dan pengalaman Norsi. What to expect when extracting tooth.
Sebelum dan semasa cabut gigi
🌸 Seelok-eloknya makan dulu sebelum cabut gigi. Kang dah cabut gigi xleh makan dah. Bole makan benda lembut2 je.
🌸 Bagitau doktor sekiranya ada ambil apa2 ubat atau alahan ubat.
🌸 Semasa cabut gigi, yg penting kena rileks (kata org yg sikit lagi nak nangis masa cabut gigi. Heh). But seriously, keep calm. Sebab bila kita tenang, badan kita jadi rileks dan lebih mudah doktor nak cabut gigi.
🌸 Masa cabut gigi doktor tak bagi pejam mata. Tengokla mana2 yg nak tengok. Jangan tengok lampu tu pulak. Silau ooo (again, own experience).
🌸 Sepatutnya masa doktor cabut gigi tu kita tak rasa sakit (sebab dah bagi ubat kebas kan). Kita mungkin akan dengar bunyi krok krek krok krek doktor mengerjakan gigi kita tu tapi tak sakit. Tapi kalo sakit, angkat tangan. Betul ni. Doktor tu pesan suruh Norsi angkat tangan kalau sakit.
Selepas cabut gigi
🌸 Secara asasnya, ikut pesan doktor. Gigit kapas, tukar setiap 20 minit lebih kurang, elakkan makanan keras dan panas, kurangkan meludah, jangan minum pakai straw, jangan usik tempat cabut gigi tu (dengan lidah pun takleh) dan banyakkan rehat untuk hari pertama cabut gigi tu.
And this is a few extra tips that I got that help me to relax and not freaking out during the recovery time.
🌸 Kumur dengan air garam 24 JAM SELEPAS cabut gigi. Hari pertama cabut gigi kita tak digalakkan berkumur. Sebab masa ni 'blood clot' terbentuk. Blood clot ni penting untuk pemulihan kawasan gusi yg terdedah tu. Lepas sehari, elok berkumur dengan air garam (setengah sudu garam dicampurkan dengan secawan air suam). Kumur perlahan-lahan.
🌸 Bagi sesetengah orang, gusi mungkin akan bengkak. Mengikut apa yg Norsi baca (dan pengalaman sendiri juga) gusi mungkin bengkak sikit sehari dua lepas cabut. Bengkak tu sepatutnya berkurangan dalam dua tiga hari lepas tu. In my case, bengkak gusi for 4 to 5 days ðŸ˜ðŸ˜
🌸 Untuk mengurangkan bengkak, tuam pipi tempat cabut gigi tu dengan pek ais. Lebih kurang 15 minit. Elok buat dalam tempoh 24 jam lepas cabut gigi. Lepas 36 jam, elok tuam dengan air suam pulak.
🌸 Haaa... yg paling penting, sakit cabut gigi ni berapa lama? Ini bergantung pada orang. Ada yg seminggu dan ada yg sehari dua je. Norsi? Dua minggu ðŸ˜ðŸ˜ Tapi sepatutnya menjelang hari kedua sakit dah mula berkurangan.
🌸 Tisu gusi ambil masa 3 - 4 minggu untuk pulih. Dan 2 3 bulan juga untuk pulih sepenuhnya (termasuk nk baik tulang la apa la. Ni yg Norsi paham la).
Banyak lagi tips yg Norsi dapat. Memang banyak bantu Norsi. Bolehlah tengok tips kat sini :
http://www.wikihow.com/Heal-Gums-After-a-Tooth-Extraction
Yg ni betul2 membantu. What to expect after tooth extraction.
http://www.dentalfearcentral.org/faq/healing/
Banyak tips Norsi dpt dari sini
Fuhhh... panjang betul Norsi tulis kali ni. Banyak lg nk tulis tapi bebudak ni dah start mengendeng. Harap lain kali kalo kena cabut gigi Norsi x gelabah dah. Tengok sini je.
1 comment:
Hey nak Tanya, Saye Tak tau yg kita Tak Boleh makan selepas di cabut jadi Saye makan nasi la dan Saye sedar Ada butir nasi dalam lubang lepas cabut tu. Apa yg Saye patut lakukan eh? It's not even 12 hour after the teeth removal
Post a Comment