Weekend. Tapi tak terasa macam ujung minggu pun. Biasalah.. en big boss kena keje. Boring jadi update blog pasal cuti raya ari tu.
Jumaat 26 Ogos 11
En big boss keje, pagi Jumaat baru balik jadi kami amek penerbangan petang. Barang sume Norsi dah siap kemas awal2 jd pagi tu tinggal kami bersiap2 je terus gi airport. Minta tolong member en big boss tolong hantarkan. Sampai airport tengok ramai tol org. Maklumle rata2 nak balik beraya gak. Tunggu punya tunggu takde pula pengumuman untuk kami check in kat mana2 kaunter. Malah kami tgk rata2 org guna kiosk. Jadi nak puas ati Norsi tanya kat kaunter pertanyaan. Rupa2nya mmg skang chek in guna kiosk je. Disebabkan Norsi tak amek pun no booking online ari tu (padahal en big boss dah pesan berkali2), kena la en big boss beratur pula untuk dapatkan balik no booking kitaog ari tu. Dah dapat no booking kitaorg pun dengan yakinnya beratur lak kat kiosk. Skali.. passenger with infant please check in at counter. Hok aloh.. pembaziran masa betul. Beratur sana sini skali kena gi kaunter gak.
Siap check in kena beratur lagi untuk check passport (iyeee.. sapa2 yg dok sabah lebih 3 bulan tapi bukan org sabah kena ada passport ye. lupa lak nama passport ni), check tiket, check kastam sumerlah. Bila dah masuk ruang menunggu bebudak dua beradik ni dah nampak kapal terbang, terus melekat kat cermin. Oh ye.. lupa lak. Untuk balik ke KL kami naik AirAsia. Alhamdulillah, penerbangan tak delay dan kami selamat sampai KL ikut jadual. Sampai KL, minta tolong adik lak amek. Kami sampai dalam pukul 4.30 gitu, amek beg, masuk kete sume kul 5 lebih gak kami bergerak dari airport. Adik Norsi dah awal2 cakap, jalan jem jadi dia ikut laluan alternatif mana ntah, dari lcct ke cheras dalam setengah jam je lebih kurang. Tapi kami nak sampai umah lebih kurang 2 jam gak la sebab sangkut gak dalam jem. Kul 7 br sampai umah, sedang elok tunggu waktu berbuka. Heh. Merasa la kami berbuka sekeluarga. Mak je takde sebab ada program kat surau. Tu pun mak balik umah sekejap sebelum maghrib sebab nak tgk cucu dia yg manja tak hengat ni.
Malamnye tunggu si Mimi dtg. Berbelas tahun tak jumpa, sejak form 3. Skali tgk.. tak berubah langsung si Mimi ni. Muka sebijik2 macam masa form 3 tu gak la. Tp nmpk matang la kan. hehe. Mimi dtg ngn tunangnya tapi sian tunang Mimi tunggu dlm kete je. Nak jemput masuk giler segan sbb en big boss masa ni dah terkedang tido kat ruang tamu. Nak kejut kesian lak, tau dia letih sbb tak rehat langsung dari Khamis tu. Sorry ye Mimi..
Sabtu 27 Ogos 11
Pagi Sabtu kami gerak ke Pahang lak. Tahun ni raya kat KL tp mmg dah plan awal2 nak singgah Pahang sehari dua sebelum raya, saja nak merasa berpuasa kat kg lak. Disebabkan kitaorg ni takde transport masa kat semenanjung, minta tolong adik lagi hantar blk kg. Sib baik la adik bujangku tu cuti panjang. Sampai kat kg ingatkan ramai yg dah balik skali ada anak buah sorang je. Sume pakat2 balik petang Ahad rupanya. Biarpun kami sekeluarga je yg balik, mak masak lauk berbuka.. perghhh.. tak hengat. Paling syiok, patin masak tempoyak. Rupa2nya mak sanggup gi TI semata2 nak cari patin segar untuk kami. Dah le semalam masa berbuka kat KL mak Norsi masak sup ngn sambal ikan keli. Sakan kami makan.
Ahad 28 Ogos 11
Kami bergerak balik ke KL lak. Kali ni pinjam kete adik en big boss lak. Kete akan dipulangkan bila kami balik beraya raya kedua. Ni la nasib kami org merantau. Terpaksa susahkan orang lain sbb takde transport. Huhu. Lepas berbuka mak dah bersiap2 nak wat ketupat. Jadi malam tu menganyam ketupatlah kami dua beranak. Buat pun tak banyak. Dalam 80 biji je. Sikit2 pun sampai tengah malam jugakla nak menganyamnye. Nak2 si kecik tu asyik sibuk kaco mak dia kat dapur. Ketupat dianyam awal sbb esoknya dah nak direbus.
**eh.. panjang lak entry ni. Dah le takde gambo. ok. stop dulu. nnt sambung lagi :)
No comments:
Post a Comment