Wednesday, February 29, 2012

Hari yang perlahan

Sepatutnya hari ini Norsi sambung kemas rumah (maklumle ada tetamu nak datang) tapi malasnya lahhh. Beria plan hari ni nak wat itu ini tapi disebabkan takde mood sesi kemas mengemas tak memenuhi target. 

Pada masa yang sama riso kat en big boss yg tak berapa sihat pun ye juga. Tak dapat mc jd kena juga keje. Minta2 lah esok makin baik.

Baru perasan.. hari ni 29 Feb. Ramai ye yg buat entry khas, almaklum tarikh dtg 4 tahun sekali. Norsi takde niat pun wat entry khas, sekadar teringat nak update blog.

Oh ye.. berkaitan entry yg lalu, kami berjaya mendapatkan kereta sewa. Alhamdulillah, lega.

Monday, February 27, 2012

Kereta sewa oh kereta sewa

Minggu ni insyaALLAH ada tetamu akan berkunjung ke rumah kami. Tetamu dari jauh datang mesti la nak berjalan2 kan. Disebabkan kami ni ada sebijik kete yg comey je sudah tentulah tidak muat.. kena cari kereta sewa. Dan baru kali inilah Norsi tahu stail org nak sewakan keta kat sini.

Masa survey awal2 dulu Norsi email je. Maklum la skadar nak bertanya. Skali dorang amek masa dua hari untuk balas. Ada satu company tu langsung tak balas. Takpe lah. Mungkin kerana hujung minggu. Jadi untuk survey yg kali ni Norsi tipon terus. Skalinya semua bagi respon.. nanti kami hubungi semula ye. Kami perlu semak dulu ada kereta atau tidak. Oooo... barulah Norsi tahu. Rupanya kalo nak sewa kereta memang amek masa. Ingatkan kalo telefon boleh tahu terus. Jadinya sekarang ni masih menunggu status. Kalo tak dapat juga ni kita pakat2 naik bas ramai2lah ye. Hehe.

Gambo cilok dr internet

Saturday, February 25, 2012

Mencuba resepi baru

Hajat di hati nak buat review berkenaan Taman Buaya Tuaran di Tripadvisor, tapi ilham asyiklah tersekat2. Puas mengarang, padam balik dan karang ayat baru. Sudahnya sign in blogspot.. mengarang di sini sahaja. Hehe.

Semalam Norsi wat percubaan pertama masak gulai kawah. Gara-gara kehabisan idea nak masak apa. Dok jengah2 resepi jumpa resepi gulai kawah.. bahan2 pun cukup.. Norsi pun dengan tak pikir apa terus je buat. Hasilnya.. boleh boleh aje . Agak manis sebab Norsi terlebih gula melaka (resepi asal guna gula merah).

Sengaja tak beritahu en big boss yg Norsi buat gulai kawah. Nak tengok dia perasan ke tak (padahal nak tgk gulai kawah Norsi menjadi ke tak). Komen en big boss bila dia rasa, 'rasa macam pajeri'. Huk aloh.. agaknya sebab ada kerisik tu yg rasa mcm pajeri tu. Lainkali nak kena cuba lagi sampai rasanya menjadi kaw mcm gulai kawah betul.

p/s : takde gambo. masa masak beria ingat nk amek gambo. Bila dah siap terus x hengat.

Thursday, February 23, 2012

bicara entah apa2

Terhenyak rasa,
Di dasar paling dalam,
Lemah,
Lelah,
Tiada daya,

Mentari bersinar terang,
Namun kelihatan kelam,
Semuanya kabur berbalam-balam,
Yang terlihat hanya kosong,
Tiada erti,

Angin,
Mana bayu lembutmu yang mengusap manja?
Mana hembusan dingin yang membelai jiwa?
Menghalau pergi lara,

...

Monday, February 20, 2012

Entry penuh emosi

Sitting here watching my two little angel almost bring tears to my eyes. Oh how much I love them. Looking at Ikhwan's face while him watching television is.. oh I don't know how to describe it. He is so cute. Especially if the program is his favourite. Reaksi dia comeyyy la sangat.

And the sister is no less. Trying to imitate everything that she watch is really sweet to see. Make me realise how fast my little girl is growing. In few years she will be going to pre-school. Soon after she will be in her primary school and suddenly she's a teenager and need her own time. No more 'mum, i want a cuddle before sleep' or 'mum, draw dinousor for me please'.

oh.. i'm being emotional here. I guess I had to hug them and kiss them more before they start growing up and don't want to be kisses anymore. Heh.

p/s : and while i'm blogging here, Sakinah broke her kite's stick. So I am saying to her..'Kakak, your kite won't fly anymore. You had broken the stick'. She said nothing and silently put a sticker at the broken place and proudly say.. 'Dahhh..'

Ye lah kakak.. 'dah' sangat la ni. hehe.

Tambahan pada senarai sesepi untuk dicuba

Agak bosan hari ini. Jadi online sambil tengok2 resepi biskut. Bukannya apa.. Sakinah macam suka pulak makan biskut. Cookies katanya. Biskut marie pun dipanggilnya cookies. Dalam dok blogwalking tu terjumpa resepi yang macam besh pula. Teruja nak cuba. Tapi bahan tak cukup lak. Jadi amek resepi dulu. Norsi letak kat sini (ingat tak list 'resepi untuk dicuba' Norsi? Skang dah bertambah dah).

Nanti nak cuba.

Friday, February 17, 2012

Entry buat sahabat

Norsi sebenarnya tidak punya ramai kawan. Kenalan.. ramai. Tapi yang benar2 menjadi sahabat.. boleh dikira dengan jari. Norsi bukanlah sombong orangnya, cuma serasanya Norsi ni bukanlah jenis yg disukai ramai. Sekadar biasa2 sahaja.

Cubalah tanya pada diri.. 'siapa kawan saya?' Mereka yang terlintas di fikiran itulah sebenarnya orang yang kita anggap sahabat. Kerana mereka tetap kita ingati walaupun dipisahkan jarak dan masa. Norsi pasti, beberapa kerat sahaja yang terlintas nama Norsi bila ditanya 'siapa kawan awak?'

Tapi beberapa kerat itulah yang sangat2 Norsi hargai. Kerana mereka menerima Norsi apa adanya. Masih menggelar Norsi sahabat.. biarpun Norsi ni degil, banyak cakap, terkadang mementingkan diri sendiri, terkadang kurang prihatin.. ah.. tak kira banyaknya kurang Norsi ini.

Buat sahabat-sahabat itu.. yang masih sudi berbual dengan Norsi walaupun sekadar di alam maya, yang masih sudi menelefon dan menjawap panggilan Norsi, yang masih sudi berkongsi khabar dengan Norsi, yang masih sudi berkongsi rasa dengan Norsi, malah yang masih terlintas nama Norsi di dalam hatinya biarpun telah lama tidak berhubung.. terima kasih sahabat. Sesungguhnya ALLAH memberkati Norsi dengan sahabat2 yang baik. Sungguh.

Friends.. you know who you are. Thanks for this bond called friendship. You are in my heart.

Thursday, February 16, 2012

Catatan Perjalanan : Tamparuli

Selepas kali pertama singgah di Jambatan Tamparuli tanpa naik jambatan gantung tu, baru2 ni kami pergi lagi. Kali ni pergi waktu panas terik. Jadi dapatlah naik dan amek gamba sikit. Menurut satu blog yang Norsi baca (tak ingat dah blog mana) Jambatan Tamparuli yang ada ni merupakan jambatan baru yg dibina bagi menggantikan jambatan asal yang hanyut dalam peristiwa banjir besar di Tamparuli pada tahun 1999 (tahunnya kalo x salah la).

Meh tgk rupa Jambatan Tamparuli ni.

Ni lah dia Jambatan Tamparuli. Panjang dan tinggi. Kami jalan separuh je. Panas sgt nak jalan sampai hujung dan patah balik (alasan.. padahal ada rasa sedikit gayat. hehe)

Sungainya cantik bersih. Sakinah jalan pun takut2. Mak dia sibuk nak amek gamba dia kena la pegang kat tepi tu.

Jalan raya. Korang tgk seriau tak? Jalan raya ni mmg digunakan tau. Jalan raya ni mmg betul2 atas aras air. Dahla takde langsung penghadang kat kiri kanan. Kalau terbabas mmg terus msk sungailah. Bila air sungai naik jambatan ni akan tenggelam dan ditutup. Kali pertama dulu kami ikut jalan ni. Seriau tau.
Dalam ramai2 budak ni soranglah yang paling berani. Boleh dia tarik abah dia soh jalan laju2. Tak tau takut langsung. Ada hati nak jalan sendiri taknak org pegang tuh.

Selain Jambatan Tamparuli, Tamparuli sekarang ada tarikan baru. Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo. Kami lalu je hari tu tapi tak singgah pun. Bayaran masuk RM10. Lenkali kalo kami pergi Norsi citer ye. Buat masa ni kita layan je la gambar yg Norsi amek dari FB Rumah Terbalik ni.

Jangan tak percaya. Kat Sabah pun dah ada umah terbalik tau

sekadar mengupdate

Lamanya tak update blog. Jengah blog hari2 tapi nak buat entry baru.. hemphhh punyalah malas. Jadi inilah entry pendek buat penyeri blog hari ini (^_^)


  • hari ni air kecik je. macam gaya takde air tapi tetap ada. macamana tu? disebabkan takut takde air tiba2 Norsi masak awal. Tapi takde air pun tetap juga Norsi basuh baju. Sebabnya hari ni matahari terang. Kebelakangan ni cuaca x berapa panas jadi baju lambat kering. Bila cuaca terik ni ambil kesempatan cuci baju walaupun x berapa nak ada air.
  • semalam belikan Sakinah set mainan untuk wat istana pasir tu. Nak pujuk dia makan punya pasal. Excited betul dia. Sampai bawa tidur mainan tu. terjaga tengah2 malam pun boleh dia bangun cari baldi kecik berisi mainan tu.
  • ikhwan dah makin cerdik. haritu kereta mainannya tersangkut bawah kerusi. pandai dia sendiri ambek raket nak tolak keluar kereta mainan dari bawah kerusi (tak berjaya pun. mak dia juga yang tolong amekkan. hehe. but the effort that count).
itu je la dulu. nanti Norsi update lagi ye.

Friday, February 10, 2012

Catatan Perjalanan : Taman Buaya, Tuaran

Seperti yang dikisahkan pada entry yang lalu, baru-baru ini kami ke Taman Buaya di Tuaran. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama dulu Ikhwan baru berusia beberapa bulan.

Taman Buaya (a.k.a Crocodile Farm) terletak di Kampung Lok Batik,Tuaran (kira-kira 40 km dari Kota Kinabalu) dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Anak kecil berumur 3 tahun ke bawah percuma je. Agak mahal bagi Norsi.. tapi anggap je la kita bayar untuk maintainance buaya tu.

Cerita seterusnya sambil layan gambalah ye.

Di pintu masuk Taman Buaya, Tuaran

Kawasan parking tak bertar. Jalan berpasir camni je. Bangunan belakang tu la pintu masuk

Kaunter tiket yg juga pintu masuk. Maaf ye gambo blur.
Di Taman Buaya ni, selain tengok buaya dalam kandang, mereka ada pertunjukan buaya dan tarian kebudayaan.
Cubaan mencium buaya
Awek ni berdiri atas buaya ooo

Budak yang syok tengok buaya

Lepas tengok pertunjukan buaya, pegi tengok persembahan tarian kebudayaan lak. Kat rumah panjang tu. Sebelah tempat pertunjukan buaya je
Persembahan tarian kebudayaan, ada tarian sumpit, tarian buluh. Mereka siap ajak penonton naik menari sekali. Norsi suruh en big boss dia taknak pulak. Haha

Penonton yang asyik menonton
Lepas habis tengok persembahan tarian, masa untuk sambung jalan2. Persembahan dia pun tak lama. Tak sampai setengah jam pun.

Pemandangan dari rumah panjang. Yang berbumbung tu tempat pertunjukan buaya. Kat belakang tempat pertunjukan tu la kandang buaya dan binatang2 lain
Burung unta pun ada. Kat sini kita bole bagi makanan kat haiwan2 yang ada. Ni sebenarnya burung unta ni tengah kejar en big boss yang cuba nak letak makanan dalam bekas tu. Kelakar tau, asal en big boss dekat je dorang panggung kepala (macam nak patuk tu) sampai en big boss pun tak berani nak dekat. Sampai orang lain yang tengok pun ketawa. 

Ni gamba lama. Sakinah pun kecik lagi dari Ikhwan masa ni. Nak tunjuk rusa tu sebenarnya

Ni pun gamba lama. Rumah buluh bersebelahan rumah panjang.
Antara pemandangan di Taman Buaya Tuaran
 Sedikit perihal Taman Buaya Tuaran ni :
  • tidak terlalu besar tapi dijaga dengan baik. Bersih.
  • tandas pun bersih tau.
  • sesuai kalau bawa budak-budak nak tengok binatang.
  • waktu pertunjukan buaya - pukul 11 pg, 1 tghari dan 3 ptg pada hari Ahad dan cuti umum. Hari lain pertunjukan cuma dibuat pukul 11 pg  ngan 3 ptg je.
  • persembahan tarian kebudayaan - setengah jam selepas pertunjukan buaya.
  • selain binatang yang ada di atas, ada juga kolam ikan koi, keli, memerang, ular dan binatang yg diawetkan (gambo takde lak. sorry ye)
  • ada juga dijual cenderamata berasaskan dan bermotifkan buaya. beg, keychain, baju, telur malah daging buaya pun ada tau. Tapi mahallah.
  • ada restoran. tapiiiiii... macam tak jual apa sangat pun. jadi baik makan dulu kenyang2 tau
Itu ajelah cerita jalan2 di Taman Buaya Tuaran.