Friday, February 17, 2012

Entry buat sahabat

Norsi sebenarnya tidak punya ramai kawan. Kenalan.. ramai. Tapi yang benar2 menjadi sahabat.. boleh dikira dengan jari. Norsi bukanlah sombong orangnya, cuma serasanya Norsi ni bukanlah jenis yg disukai ramai. Sekadar biasa2 sahaja.

Cubalah tanya pada diri.. 'siapa kawan saya?' Mereka yang terlintas di fikiran itulah sebenarnya orang yang kita anggap sahabat. Kerana mereka tetap kita ingati walaupun dipisahkan jarak dan masa. Norsi pasti, beberapa kerat sahaja yang terlintas nama Norsi bila ditanya 'siapa kawan awak?'

Tapi beberapa kerat itulah yang sangat2 Norsi hargai. Kerana mereka menerima Norsi apa adanya. Masih menggelar Norsi sahabat.. biarpun Norsi ni degil, banyak cakap, terkadang mementingkan diri sendiri, terkadang kurang prihatin.. ah.. tak kira banyaknya kurang Norsi ini.

Buat sahabat-sahabat itu.. yang masih sudi berbual dengan Norsi walaupun sekadar di alam maya, yang masih sudi menelefon dan menjawap panggilan Norsi, yang masih sudi berkongsi khabar dengan Norsi, yang masih sudi berkongsi rasa dengan Norsi, malah yang masih terlintas nama Norsi di dalam hatinya biarpun telah lama tidak berhubung.. terima kasih sahabat. Sesungguhnya ALLAH memberkati Norsi dengan sahabat2 yang baik. Sungguh.

Friends.. you know who you are. Thanks for this bond called friendship. You are in my heart.

6 comments:

Salmi said...

Betul tu, Norsi. Amat payah mencari rakan yg memahami & boleh menerima segala kekurangan kita..

nome said...

semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan berkekalan sampai bila2

jumurama said...

awak,
saya termasuk tak dlm senarai tu...
saya pun terlalu byk kekurangan...
kurang empati...:( sob sob

Norsi said...

Norsalmi : bertuah bila ada kawan yg baik camtu kan

Normy : amin. mie antara kawan norsi dr kecik. dari sek ren kan. x penah lupa. thanks mie for being my friend

jura : awak.. of course la awak tersenarai. awak antara yg saya ingat tatkala menulis entry ni tau.

jumurama said...

bangganyer saya!!!! sambil tersengeh2 sesorg nih.

Shi'a said...

Blog walking...Nice Entry... http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/