Friday, August 30, 2013

Sibujang kecik demam lagi

Ikhwan demam lagi. Seminggu lepas raya aritu demam. Ni demam lagi. Tak pasti kenapa. Berpanas agaknya semalam.

Pagi tadi jam 9 lebih panasnya mencecah 41`C. Kejap tadi (kul 12 lebih) dah turun sikit 38.8`C. Tapi masih tinggi lagi tu. Marah Ikhwan bila kakaknya kata dia demam. Sebabnya kalo dia demam, dia kena makan ubat. Disebabkan Ikhwan penakut ubat, jadi dia rela mengaku tak demam dari kena makan ubat.

Dan disebabkan budak bertuah sorang ni taknak langsung makan ubat, maknye la sepanjang hari ni dok lap badan dia dengan kain basah sbb nak kurangkan panas. Dok pujuk dia minum air oren (sbb nak curi2 letak ubat perasa oren) tapi taknak pula dia. Air masak pun tak berapa nak. Sib baik juga la dia nak menyusu. Kurang2 pun minum juga. 

Cepat sembuh ye anak mak.

Tuesday, August 27, 2013

Hujan

Hujan. Alhamdulillah. Biarpun tidak selebat mana. Kerana semenjak kami balik minggu lepas, cuaca di KK kering dan panas. Hinggakan bila menjelang tengahari sahaja pokok2 di dalam pasu dah menjadi kering dan layu.

Kebetulan pula kawasan bukit di belakang rumah kami ni dah ditarah dan sedang dimajukan untuk projek perumahan. Jadi bila cuaca kering, debu dan habuk tak usah ceritalah. Dah rupa macam jerebu. Sidai baju pun rasa macam berhabuk je baju bila dah kering.

Lega bila hujan.

Saturday, August 24, 2013

Siapa sangka?

Lama tak update blog. Sebabnya kami balik bercuti raya di Semenanjung. Yeehaaa... Kat semenanjung kami takde internet jadi sepi-sesepinya dari dunia online. Rancangan asal cutinya seminggu je, tapi disebabkan suatu hal Norsi lepak di semenanjung sampai 11 ari. Apa kehalnya tu sampai terlajak cuti? Inilah halnye..



Haaaa.. tau tak apa ni? Gamba tak jelas yer.. Ni ada lagi sekeping.


Gamba dicilok dari fb en big boss.
Haaa... Norsi pegi konsert Metallica Live in Malaysia!

Haaa... jgn tak percaya. Apsal tak percaya? Tanyalah member2 yang kenal Norsi. Norsi nak pegi konsert rock? Idokle. Apatah lagi konsert Metallica. Jangankan dorang, Norsi pun tak sangka. Hehehe. Seumur hidup tak pernah pergi konsert. Kali ni boleh pulak pergi konsert rock. Metallica lagi. Siapa sangka?

Inilah dianya bila berkahwin dengan peminat tegar rock.

Ini kali pertama Metallica buat konsert kat Malaysia. En big boss penah cakap, kalau Metallica buat konsert kat Malaysia, dia nak bawa Norsi pegi. Haaa.. skali betul2 Metallica jejak Malaysia. Memang en big boss punya mimpi jadi nyatalah.

Konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka mula pukul 9 malam, jadinya lepas Maghrib baru kami bertolak dari rumah. Sib baik adik sudi tolong hantarkan sampai stesen monorel Titiwangsa. Kami naik monorel sampai Maharajalela. Ramai juga peminat Metallica dalam monorel tu. Kami sampai tepat2 konsert bermula. Nasib baik tak sesak sangat. Sebab peminat2 hardcore lain dah masuk awal2. En big boss ajak pergi sampai hujung dekat dengan pentas. Kami dok dekat teres belah kanan pentas. Memang nampak jelaslah James and the geng (walaupun dari tepi). Norsi yang rabun ni pun nampak, yang tak rabun lagilah kan (merujuk pada en big boss).

Sepanjang konsert Norsi duduk je. En big boss.. errr.. sakanlah dia. Takpe... bagi peluang.. (^_^) Norsi banyak tengok gelagat penonton. Orang kata selalunya konsert rock ni penonton dia ganas2 tapi kagum Norsi tengok penonton konsert Metallica ni. Ok je. Sporting angkat tangan ramai2 ikut lagu. Headbanging tu off course la kan. Tapi setakat tu je la. Takde la nak terpekik terlolong histeria bagai.

Yang paling kagum adalah pada diri sendiri  (ok Norsi gelak besar disini). Sangat2 tak sangka Norsi boleh dengar lagu2 rock selama lebih 2 jam straight. Boleh tau a few song lak tu. Again, people that know me know that I'm not into rock at all. En big boss kata Metallica banyak nyanyi lagu evergreen malam tu. Pasal tu Norsi boleh layan.

Oh ye.. kami pergi konsert tu berdua je. Our first dating sejak Sakinah lahir. Dan buat pertama kalinya Sakinah dan Ikhwan kena tinggal. Risau juga.. tapi Norsi dah minta tolong kakak Norsi tgk2kan bebudak ni. Kakak Norsi pun pandai.. dia bawa bebudak ni pergi main playground dekat Giant. Ikhwan yang memula merengek nak ikut Norsi pun bila dengar Acik Ina nak bawa pegi main slide dengan selamba terus masuk kereta lambai mak abahnya sambil sengih2. Anak bertuah. Sakinah mmg tak kisah. Maknye aje riso lebih2. Sepanjang konsert dok pegang dan belek tipon sbb takut tak dgr tipon berbunyi. Kalau2 kakak Norsi call bebudak ni meragam. Rupa-rupanya sakan dorang main tak ingat mak abah. Cuma bila dah balik Ikhwan taknak tido sebab tunggu maknya balik.


Tengok.. sengih lebar lagi dapat main
Perasaan tengok konsert? Excited juga. Hehe. Nak nak tak sesak sangat. Lain kali leh la en big boss bawa gi tgk konsert lagi. Hehe.

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri kami

Aidilfitri kali ini masih lagi kami sambut di KK. Tapi berbanding tahun lalu, kali ini kami berpeluang bercuti buat beberapa hari di Semenanjung selepas ini.

Seperti selalunya, Aidlfitri kami sambut sederhana. Tapi sungguh kami gembira biarpun sekadar menyambutnya dengan keluarga kecil kami. Hinggakan Sakinah bangun-bangun tidur pagi tadi terus menyebut, 'Kakak seronok hari raya.'

Sehari sebelum raya Norsi sibuk di dapur. Memasak juadah raya. Ruang tamu memang Norsi serahkan sepenuhnya pada en big boss. Dialah yang mengemas dan menghias ruang tamu kami. Disebabkan tak perlu kisahkan bab mengemas, awal juga Norsi dpt siapkan juadah raya malam tu. 

Pagi Aidilfitri Norsi bangun awal. Siap-siap panaskan dan tapau sedikit juadah raya untuk dibawa ke jamuan port luck di tempat kerja en big boss. Kemudian kejutkan Sakinah dan Ikhwan bersiap untuk solat raya. Seronok budak dua beradik tu bila kata nak pegi solat raya. Pukul 7.15 pg kami dah sampai di masjid. Hairan juga melihat masjid lengang. Rupa-rupanya en big boss salah maklumat. Dia diberitahu masjid tu solat raya pukul 7.30, rupa-rupanya jam 8.00 pagi baru nak solat raya. 

Usai solat raya, kami ke jamuan kecil-kecilan department en big boss. Walaupun kecil-kecilan dan tidak ramai yang menyertai kerana ramai yang pulang bercuti, tapi tetap meriah. Ikhwan dan Sakinahlah paling seronok sebab dapat berjumpa kawan2. Maknya seronok sebab dapat makan macam2 sampai sendat perut. Hehe. Manakan tidak, ada sate, masak lodeh, bihun sup dan sudah semestinya nasi himpit. 

Balik dari tempat kerja en big boss baru kami berkesempatan beraya sesama kami. Tengahari kami tidak kemana-mana. Sakinah dan Ikhwan tertido kepenatan. Petang tu baru kami keluar beraya di rumah sahabat en big boss. Dan malamnya menerima kunjungan sahabat en big boss yang datang beraya di rumah kami.

Biarpun tidak semeriah yang lain, tapi Aidilfitri ini tetap seronok bagi Norsi. Tidak kurang apapun. InsyaALLAH nnt kami akan beraya bersama keluarga di semenanjung pula.

Kanak-kanak riang ria di pagi raya
Bagaimana pula Aidilfitri kawan2?

Wednesday, August 7, 2013

Buat sahabat dan taulan

Aidilfitri yang kian menjelang. Di sebalik kesibukan membuat persiapan, masih ingin mencuri masa memuhasabah melihat kekurangan diri.

Terkadang bila mengimbau kenangan zaman persekolahan, ada juga rasa kesal yang terbit. Lantaran teringat kekhilafan diri. Terlampau banyak sebenarnya jika dihitung. Ada yang benar2 dikesalkan hingga kini. 

Sahabat juga taulan,
Norsi tahu ada masa-masanya Norsi ni keras kepala (well, most of the time actually), mementingkan diri, tidak prihatin dan blur.
Ada juga masa-masanya Norsi bergurau tidak kena tempatnya.
Ada juga detik Norsi berkata-kata tanpa memikirkan perasaan sahabat dan taulan.
Juga ada masa Norsi menjengkelkan kalian tanpa disedari.
Juga ada masa-masanya Norsi adalah seorang manusia yang poyo, perasan bagus dan koya.

Untuk itu sahabat dan taulan,
Norsi meminta maaf seikhlasnya dari hati. Norsi minta maaf kerana menyinggung perasaan kalian. Norsi minta maaf kerana melukakan. Norsi minta maaf kerana menjengkelkan. Norsi minta maaf atas semua salah silap Norsi.

Selamat meraikan Aidilfitri sahabat-sahabat dan taulan.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA.

Saturday, August 3, 2013

Seminggu menjelang raya

Aidilfitri bakal tiba, tidak sampai seminggu lagi. Ramai yang mengambil kesempatan membuat kuih raya hari ni. Norsi pun cadangnya nak buat juga kuih raya hari ni, tapi tak jadi. Tak larat. Pagi tadi tak terjaga langsung untuk bersahur. Jadinya hari ini memang tak buat apa sangat. Low level of energy. Heh.

Rasanya ramai juga yang keluar shopping raya kan weekends ni? Yang dah mula balik kampung pun mesti ramai juga kan?

Kat sini setakat ni tak nampak lagi jiran2 yang dah blk beraya. Mungkin masih berkerja minggu depan. Tapi yang musykilnya hujung minggu macamni ramai pula yang meronda dekat kawasan perumahan kami ni. Norsi keluar sidai baju sekejap je pun dah nampak 3 4 biji kereta yang dipandu perlahan sambil orang dalam kereta tu dok tengok rumah2 yang ada.

Tertanya2 juga.. dorang ni saja jalan2 cuci mata tgk rumah orang ke apa? Bukannya apa.. takut juga kalo2 ada yang survey rumah mana yang masih berorang dan rumah mana yang dah balik kg. Norsi ni memang fobia bila tgk org bw kete perlahan2 sambil tgk2 rumah ni. Maklumle ada pengalaman rumah dimasuki pencuri. Sampai satu tahap rasa mcm nk tahan je kereta-kereta ni tanya.. napa ye bw slow2 tgk2 rumah org? Hehe. Bukanlah Norsi marah.. tapi takut wooo.

Thursday, August 1, 2013

Sekadar luahan

Sekali ini,
Terasa benar lambatnya,
Terasa benar lamanya,
Terasa benar detik itu berlalu satu persatu.

Puas kucuba mencari titik kekuatan,
Cuba memujuk diri,
Memberitahu hati yang sebenarnya aku mampu.

Iya.. aku mampu.

Tuesday, July 30, 2013

Menu 'berbuka' Sakinah dan Ikhwan

Alhamdulillah selamat berbuka ditemani anak-anak. Menu berbuka hari ini ringkas. Panaskan lauk semalam sahaja.

Untuk anak-anak pula Norsi buatkan bihun goreng. Kasihankan Sakinah yang tidak berhenti meminta. Dari tengahari tadi dia sudah meminta Norsi buatkan bihun goreng. Tapi Norsi katakan esok sahaja. Sebabnya nasi dan lauk masih banyak. Membazir pula jika tidak dimakan. Ye la.. dah maknya puasa.. kalau mereka dua beradik x mkn nasi sapa lagi nak makan.

Tapi bila petang pun Sakinah masih menyebut nak bihun goreng, tak sampai hati pula. Jadinya sambil siapkan juadah berbuka (ala.. panaskan lauk je pun), Norsi pun gorengkan bihun. Puas hati agaknya dapat apa yang diminta, sakan Sakinah dan Ikhwan makan sampai habis bihun goreng tu. Maknye dapat merasa sesuap je. Hehe. Takpe la.. yang penting anak-anak kenyang.

Wonderful weekend

Hujung minggu yang lepas sebenarnya adalah hujung minggu yang Norsi nanti2kan. Kerana en big boss berada di rumah setelah berminggu2 sibuk dengan kerja. Jadinya hujung minggu baru ni menu berbuka ikut selera tekak en big boss.

Hari Jumaat misi mencari baju raya Norsi. En big boss beria nak belikan. Katanya dia dan anak2 dah dapat sepasang sorang, Norsi pun kenalah beli. Tapi puas memusing 1Borneo, tak jumpa baju yang berkenan. Warna tak kenalah, harga x berpadalah. Sudahnya misi bakal diteruskan keesokkan harinya. Hari Jumaat kami berbuka di luar je.

Sahur pagi Sabtu menu kami nasi lemak. Atas permintaan en big boss. Nasi lemaknya seperti biasa air tangan en big boss. Norsi sekadar buat sambalnya sahaja. Nasi dan sambalnya kami masak sebelum tidur. Takut terlewat pula kalau nak dimasak pagi sahur tu. 

Hari Sabtu misi mencari baju raya diteruskan. Kali ni kami menghala ke KK. Sebenarnya kami ada urusan di KK jadi alang2 dah sampai bandar carilah baju sekali. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami mencari baju Norsi. Jumpa baju yang berkenan, harga pun bagi Norsi berpadananlah dengan bajunya. Dapatlah Norsi sepasang baju raya.

Berbuka pula atas permintaan en big boss menu kami nasi tomato. Balik dari KK kami bertungkus lumus memasak untuk berbuka. En big boss dengan rela hatinya menawarkan diri untuk memasak ayam masak merah. Norsi pula buat nasi tomato dan pajeri nenas. Acar timun dan nenas Norsi dah buat siap2 sebelum keluar. Sabtu.. happy day.

Ahad kami tidak ke mana-mana. En big boss sibuk nak mengemas rumah. Ahad Norsi masak kari kambing untuk berbuka. Juga mengikut selera en big boss. Ye la.. sepanjang minggu Norsi masak ikut tekak Norsi, hujung minggu ikut selera en big boss la pulak. 

Itu cerita hujung minggu kami. Biasa sahaja tapi bagi Norsi.. hujung minggu kami terisi dengan masa berkualiti bersama keluarga. Bila jadual kerja suami tidak mengira hujung minggu atau cuti umum (seperti en big boss).. hujung minggu yang dapat dihabiskan bersama seperti ini amat bermakna. Berehat, jalan-jalan, masak bersama.. every moment count.

Monday, July 29, 2013

Resepi : Puding karamel tanpa telur

Tadi tengah melayan fb ada member share resepi puding karamel tanpa telur. Macam menarik ye. Jadinya rasa tertarik nak cuba. Tengok bahan2 sume ada. Susu cair pun ada lebih buat nasi tomato Sabtu lepas. Jadi, terus masuk dapur sediakan bahan. Takleh tangguh2. Kang angin malas Norsi datang apapun tak buat. Hehe.

Puding ni dah selamat Norsi buat. Tapi takleh rasa lagi. Posa weih. Nnt dah berbuka dan rasa Norsi citer ye. Apapun ni la resepinya Norsi amek dari fb member yang share dari fb Mamasyipah. Gambo tu pun Mamasyipah punya gak ye. Norsi buat betul2 ikut resepi.

Kemaskini selepas berbuka : Puding ni memang yummeh. Sedap. Rasanya manis2 susu gitu. Mmg kena dgn tekak Norsi. Nak pulak makan sejuk2.. perghhh....

Resepi : Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi Asal : fb Mamasyipah Saiedin (ala... tak pandai pula nak linkkan kat fb tu)

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
1 suk esen vanilla


Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais