Tuesday, January 10, 2012

Norsi dapat tawaran kerja di UK?? Biar betul?

Dua tiga hari ni peluang online di waktu siang agak terhad. Sebab Sakinah sibuk nak tengok website Disney kalo maknya buka laptop. Lepas tu paksa maknye dok sebelah jadi tukang tekan.. penat wooo.
Jadi bila malam barulah boleh online.


Tadi buka email tgk2 ada email dari salah satu syarikat tenaga dan gas (berkaitan minyak) dari UK. Menawarkan kerja dengan gaji 9000 euro. Wahhhh... seronoknye. Hehe. Apalagi.. berangan la kalo betul dapat keje di UK kan. En big boss lak laju je cakap, 'bole tengok Euro tiap minggu'. Hamboiii.. dia pun tumpang berangan sekali.


Sebenarnya itu sekadar spam. Manalah ada syarikat yang nak suka2 hantar email pada entah siapa2 dan tawarkan gaji sehingga ribu2 euro kan? Zaman makin maju ni makin banyak pula spam2 yang sebegini. Kesimpulannya, setiap email yang diterima tu tak semestinya betul, lebih2 lagi dari pengirim yang tak dikenali. Kena berhati2 ya.

2 comments:

Norsalmi said...

Betul tu Norsi.. Kena sentiasa berhati2.. macam2 boleh berlaku skrg ni

Norsi said...

Norsalmi : itulah.. bukan sekadar email. melalui telefon pun banyak kan.