Tadi Norsi wat carian pasal fenomena laut merah ni, rupa-rupanya fenomena ni adalah biasa di Sabah ni. Semenjak mula dikesan pada tahun 1976, boleh dikatakan hampir setiap tahun fenomena ini terjadi. Berdasarkan amaran terkini yang dikeluarkan, kejadian laut merah ni telah dikesan di perairan Pulau Gaya, Teluk Sepangar, persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi2 yang berdekatan. Hemphhh.. memang dekat sangat dah dengan kami ni.
Bersama-sama amaran laut merah ni, penduduk dinasihatkan supaya tidak memakan kerang-kerangan (macam kerang, tiram, remis, dalus dan lain2) dan juga ikan pelagik (seperti tamban, basung dan lain-lain) kerana tidak selamat. Tetapi ikan laut dalam, udang , ketam dan sotong selamat dimakan tapi insang dan organ dalaman hendaklah dibuang dan dibersihkan betul2 sebelum dimasak. Walaupun dah dinyatakan sotong, udang sume selamat tapi Norsi tetap gak tak berani jadinya tak makan seafood la kami sehingga amaran laut merah ni abis.
Fenomena laut merah ni bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh dunia. Apa kebenda laut merah ni? Dipetik terus dari Wikipedia,
'Red tide is a common name for a phenomenon also known as an algal bloom (large concentrations of aquatic microorganisms), an event in which estuarine, marine, or fresh water algae accumulate rapidly in the water column and results in discoloration of the surface water.'
Kiranya bukanlah laut tu jadi merah seluruhnya, cuma perubahan pada permukaan air. Hasil laut yang terdedah pada laut merah ni boleh memudaratkan jika dimakan, jadi sebab itu ada amaran laut merah ni.
Amaran Laut Merah dari Jab Perikanan Sabah. Norsi dapat dr sini |
No comments:
Post a Comment