Semalam Sakinah masuk wad disebabkan takut ada jangkitan, tapi ALHAMDULILLAH stakat ni doktor kata takde pape. Kisahnya bermula petang kelmarin (Selasa).
Pada asalnya kami ke klinik biasa je tetapi doktor di klinik mensarankan kami ke hospital kerana dia tidak mempunyai alat untuk memeriksa tekanan darah kanak-kanak. Kami sampai di hospital lebih kurang jam 8 mlm, menunggu giliran sehingga jam 9 lebih. Setelah berjumpa doktor, kami dihantar ke jabatan kecemasan (bukan kerana kes kami kecemasan tapi disebabkan kes ni bukan bidang kuasa doktor pertama). Selepas itu doktor di jabatan kecemasan pula panggil doktor pakar. Kami menunggu doktor pakar lebih kurang dua jam. Selepas jam 12 tgh mlm baru doktor pakar turun. Tapi masa ni kami ok je sbb doktor di jabatan kecemasan ni terangkan pada kami yang doktor pakar ada pembedahan. Lepas diperiksa pakar, Sakinah ok katanya. Jadi kena buat ujian air kencing. Tak lama lepas tu dapat keputusan, katanya takut ada jangkitan sikit jadi kena masuk wad. Masa ni dah jam 2 pagi.
Di wad, doktor tu tengok kes Sakinah dan kata kena tunggu esok pagi untuk buat ujian air kencing kali kedua untuk pengesahan samaada ada jangkitan atau tidak. Jadi Norsi minta balik. Kalau tak dapat balik pun Norsi minta izin balik rumah sekejap untuk ambil barang2 Sakinah (susu, baju sume. Stok susu yg dibawa sudah tentu dah habis sbb kami dah berada di hospital sejak jam 8 mlm). Nasib baik doktor memahami. Disebabkan malam tu pun Sakinah x perlu apa2 rawatan (sbb tak konfirm ada jangkitan) kami dibenarkan balik dengan syarat esok pagi kena dtg bawa sampel air kencing untuk diuji (Sakinah x discharge pun sbnrnya. Masih dikira masuk wad).
Sampai rumah pukul 4 pg lebih. Pujuk bebudak ni tdo (iyeee.. dorang tido sekejap je kat hosp) lepas tu barulah mak abahnya tido. Esok pagi2 dah kejut Sakinah, amek sampel dan bergegas balik ke hosp masuk balik wad. Doktor yang periksa Sakinah pun nampak Sakinah ok. Jadi katanya kalau keputusan ujian ok bolehlah keluar wad.
Harapan berbunga. InsyaALLAH Sakinah tak apa2, mesti boleh balik awal. Sekali.. kul 4 ptg baru keputusan keluar. Tapi masih kena tunggu doktor pakar kata ok baru bole keluar wad. Sudahnya pukul 6 ptg baru Sakinah discharge.
Fuhhh... penat. Sebab masing2 x cukup tido dan rehat. Makan pun tak sbb kami dok ingat bila2 masa keputusan akan keluar dan boleh balik. Sekalinya... sampai ke petang.
Budak yang masuk wad? Ohh.. dia selamba je. Doktor yang check pun kata Sakinah aktif, tak nampak sakit. Jadi sebenarnya kami berkampung di hospital dari malam kelmarin (blk umah pun dlm 4 jam je) adalah semata-mata tunggu keputusan je.
Tp bak kata en big boss.. Takpe la berpenat2 macam ni asalkan confirm Sakinah tak pape.
No comments:
Post a Comment