Sesuatu benda kalau ALLAH takdirkan nak jadi, tetap akan terjadi.
Teringat kisah hari kehilangan arwah abah. Arwah abah sakit sudah agak lama. Tapi pemergiannya tetap di luar duga. Pagi tu Norsi pergi keje macam biasa. Masa nak kejut arwah abah untuk bersalam, mak kata tak payahlah. Kasihan arwah abah yang baru dapat lena hanya sesudah subuh. Sepanjang malam tidak tidur. Petang tu, kira2 sepuluh minit sebelum waktu balik, abang ipar menelefon. Katanya mendapat panggilan dari adik Norsi mengatakan arwah abah tidak sedarkan diri. Lepas abang ipar letak telefon, terus Norsi telefon adik.
'Kak Norsi baliklah. Abah dah tak sedarkan diri ni'. Dengar suara adik, Norsi dah tak peduli. Capai beg, tinggal pesan kat member sekerja Norsi terus balik. Sepanjang-panjang perjalanan balik, Norsi menangis. Sampai rumah tengok semua dah ada di sisi arwah abah, dengan seorang doktor bertungkus lumus cuba selamatkan arwah abah. Norsi pegang tangan arwah abah, sejuk. Norsi gosok2 sambil menyuruh arwah abah mengucap. Dan itulah terakhir kalinya.
Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan seseorang itu. Jadi Norsi sentiasa ingatkan diri Norsi, hargai mereka yang masih ada. Sentiasa tunjukkan mereka betapa mereka bermakna bagi kita.
Teringat pula satu kisah yg Norsi baca. Kisah sepasang suami isteri. Salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia (tak ingat suami atau isteri). Bila orang bertanya pada yang masih hidup ni, katanya dia tidak kesal. Kerana pasangannya tahu yang dia sangat menyintainya. Sebab mereka mengamalkan, sentiasa mengucapkan cinta bila keluar bekerja. Bergaduh macamana pun, pagi nak pergi kerja tu mesti cakap, I love u. Tak kiralah cakap sambil ketap gigi pun.
Jadi, jangan tunggu. Tell them that you love them.
No comments:
Post a Comment