Cuaca hujan dan panas yang saling bergandingan seminggu dua ini sudah mula memberi kesan pada kesihatan. Bermula dengan Ikhwan yang sekejap-kejap bersin ditemani hidung yang mengalir, diikuti si kakak yang turut batuk bergema kahak sekali-sekala akhirnya singgah pada si abah yang paling terkesan, selsema teruk disulam tidak sedap badan. Dan Alhamdulillah, biarpun hidung seiring sok sek dengan yang lainnya, si emak juga yang lebih segar berbanding semuanya.
Bagaimana pula keadaan di Semenanjung? Turut berselang hujan dan panaskah?
p/s : Terasa lama pula tidak menulis dalam gaya begini. Mungkin dek angin selsema yang singgah menyebabkan penulisan berubah gaya seketika ;)
No comments:
Post a Comment