Bagi yang pernah ke Pusat Kraftangan Kota Kinabalu, pasti perasan sederetan mesin jahit bersama tukang-tukang jahitnya di tepi pasar tersebut sedia membantu. Tampal baju, jahit kaki seluar.. antara perkhidmatan yang ditawarkan (cewahhh ayat Norsi.. hehehe). Err sekurang-kurangnya itu yang Norsi pernah nampak.
Baru2 ni kami ada beli kain meter untuk Sakinah dan Ikhwan. Saja beli sebab Sakinah berkenan dengan corak Angry Bird pada kain tu. Beli kain murah aje pun. Udah kata kain murah, bila dibasuh habis benang2 kat tepi tu tercabut. Jadi cadangnya nak hantar jahit tepi (kami takde mesin jahit). Tapi en big boss cadangkan kami hantar ke tukang jahit kat tepi Pusat Kraftangan tu aje. Norsi pun ok aje.
Kain tu ada dua helai. Setiap satu semeter je pun. Dan kami cuma minta tukang jahit tu jahit tepi kiri dan kanan. Macam jahit kain batik tu. Itu je. Bila dah siap, en big boss tanya berapa. Skali dia kata, RM10. RM10! Untuk dua helai kain yang setiap satunya semeter untuk jahit tepi je. Maksudnya dia amek upah untuk jahit tepi sehelai kain tu RM5. Harga kain tu pun baru RM2++ semeter tau.
Terkejut kami dibuatnya. Sampai tak terkatalah. Sudahnya lepas bayar kami saling memandang je. Silap kami juga sebab tak bertanya berapa dia nak caj sebelum bagi kain tu. Cuma tanya boleh tak jahit tepi utk kain meter.
Pengajarannya.. silalah bertanya dulu jika tak pasti. Kalau tak jadilah macam kami. Buta2 kena bayar mahal. Takmo dah anta apa2 gi jahit kat situ. Huhuhu.
Saturday, April 14, 2012
RM10 utk jahit tepi dua helai kain semeter?? True Story
Friday, April 13, 2012
The sweet little angel is 3
Hari ini buah hati pengarang jantung mencecah usia 3 tahun. Tapi takde wat apa2 pun. Sebab awal bulan aritu dah buat 'double celebration' utk mereka dua beradik. Ada juga berangan2 nak buat kek untuk Sakinah hari ni tapi malasnya lah haiii.. sudahnya tak buat apa2 pun. Tapi malam semalam abahnya bawa kami makan2 sebagai 'mini celebration'.
Hadiah untuk Sakinah dan Ikhwan pun Norsi masih belum beli. Abahnya dah bagi hadiah (utk dua2 sekali) masa birthday adik. Jadi nak adil mak sepatutnya bagi hadiah masa birthday kakak tapi masih la tak tahu nak bagi apa. Nampaknya esok kena ajak abah survey hadiah ni (hahaha... alasan).

![]() |
| My little angel (^_^) |
Tuesday, April 10, 2012
New technician in da house
Hari ni Astro buat hal. Remote rosak jadi nak tukar channel kenalah guna butang kat decoder Astro. Tapi malangnya puas menekan, tak berfungsi langsung butangnya. Satu2nya butang yang boleh digunakan adalah butang 'On'. Tu pun lepas tekan butang skali terus tak berfungsi juga. Sudahnya tv terpasang channel bola sepanjang hari (channel last sebelum remote kiok). Ye la.. apapun tak bole buat. Nak tutup balik pun dah tak boleh dah.
Bebudak ni dah tv tak boleh pasang channel kesukaan.. beralih tumpuan kat laptoplah jawapnya. Sibuk nak melayan Youtube. 'Twinkle-twinkle little star' lah, boboiboy la.. layan youtube sampai bosan. Sampai pada satu tahap, Sakinah merengek sebab bosan (takleh tgk channel kartun kesukaan punya pasal). Suruh mak duduk sebelah sambil pegang tangan. Abis tuh maknya ni tak bole buat apa lah. Tak daya duduk melangut berpegangan tangan sambil dengar dia merengek, Norsi amek keputusan jadi technician sendiri. Godek decoder pastu cabut smartcard (konon dah bijak sgtlah ni. hehe) Sekalinya berterabur duit syiling ngan kertas keluar skali dengan smartcard.
Aduihhh.. rupa2nya ada budak tu lagi 'technician' dari mak abah. Diselitnya syiling dan kertas kat smartcard tu. Patutlah tekan2 buang tak respond. Lepas tu pasang balik smartcard elokkkk aje butangnya bagi respond. Bertuah sungguh anak Norsi yang sorang nih. Sapa lagi kalo bukan budak bertuah sorang ni..
Sib baiklah tak tipon report kat Astro kata decoder rosak. Hahaha.

| Buat muka tak bersalah je dia |
Monday, April 9, 2012
Peringatan buat diri
Sesuatu benda kalau ALLAH takdirkan nak jadi, tetap akan terjadi.
Teringat kisah hari kehilangan arwah abah. Arwah abah sakit sudah agak lama. Tapi pemergiannya tetap di luar duga. Pagi tu Norsi pergi keje macam biasa. Masa nak kejut arwah abah untuk bersalam, mak kata tak payahlah. Kasihan arwah abah yang baru dapat lena hanya sesudah subuh. Sepanjang malam tidak tidur. Petang tu, kira2 sepuluh minit sebelum waktu balik, abang ipar menelefon. Katanya mendapat panggilan dari adik Norsi mengatakan arwah abah tidak sedarkan diri. Lepas abang ipar letak telefon, terus Norsi telefon adik.
'Kak Norsi baliklah. Abah dah tak sedarkan diri ni'. Dengar suara adik, Norsi dah tak peduli. Capai beg, tinggal pesan kat member sekerja Norsi terus balik. Sepanjang-panjang perjalanan balik, Norsi menangis. Sampai rumah tengok semua dah ada di sisi arwah abah, dengan seorang doktor bertungkus lumus cuba selamatkan arwah abah. Norsi pegang tangan arwah abah, sejuk. Norsi gosok2 sambil menyuruh arwah abah mengucap. Dan itulah terakhir kalinya.
Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan seseorang itu. Jadi Norsi sentiasa ingatkan diri Norsi, hargai mereka yang masih ada. Sentiasa tunjukkan mereka betapa mereka bermakna bagi kita.
Teringat pula satu kisah yg Norsi baca. Kisah sepasang suami isteri. Salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia (tak ingat suami atau isteri). Bila orang bertanya pada yang masih hidup ni, katanya dia tidak kesal. Kerana pasangannya tahu yang dia sangat menyintainya. Sebab mereka mengamalkan, sentiasa mengucapkan cinta bila keluar bekerja. Bergaduh macamana pun, pagi nak pergi kerja tu mesti cakap, I love u. Tak kiralah cakap sambil ketap gigi pun.
Jadi, jangan tunggu. Tell them that you love them.

Saturday, April 7, 2012
Catatan Perjalanan : The Upsidedown House of Borneo, Tamparuli, Sabah
There are a lot of upside down houses in the world,
Now.. we also has it here.. in Malaysia.
Rumah Terbalik (or they also prefer to be called 'The Upside Down House of Borneo') ni terletak di Tamparuli, Sabah. Kalau menghala ke Gunung Kinabalu ataupun Kundasang dari Kota Kinabalu pasti melalui Rumah Terbalik ni. Tidaklah jauh mana sebenarnya dari rumah kami tapi barulah minggu lepas kami pergi Rumah Terbalik ni.
Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)
Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.
Lepas amek-amek gamba, masa utk masuk Rumah Terbalik ni.
Perjalanan dimulakan sambil pemandu pelancong tu bercerita.. alkisahnya kononnya Rumah Terbalik ni didiami 3 beranak, si ibu, ayah dan anak lelaki yang punyalah lasak sampai terbalik rumah. Sampai di gong, wakil tetamu dijemput memukul gong 3 kali sambil pemandu pelancong menerangkan serba sedikit sejarah pasal gong ni.
Dah ketuk gong 3 kali, sampai kat pintu sorang lagi wakil tetamu dijemput ketuk pintu rumah. Mengikut adat susila orang Malaysia katanya (ke dia kata adat susila org Melayu? Lupa lak. hehe)
Dalam Rumah Terbalik ni memang semua terbalik. Rumah ni dibina lengkap dengan semua keperluan asas dalam rumah. Ada kerusi, mesin jahit, mesin basuh, tv, rak.. senang kata rumah ni memang lengkaplah. Ruang tamu, bilik ibu ayah, bilik anak, bilik air semua lengkap berperabot dan juga terdapat barang2 peribadi utk menunjukkan seolah-olah rumah ni betul2 berpenghuni. Dan dalam rumah ni turut diletakkan barang yang menunjukkan ciri-ciri/budaya penduduk setempat. Pusing-pusing dalam rumah tu sekejap lepas tu keluar ikut pintu belakang.
Pintu belakang ni terus masuk kedai cenderamata dan cafe. Nak keluar kena lalu kedai cenderamata dan cafe ni.
Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
![]() |
| in Germany (google image), |
![]() |
| in South Korea (google image) |
![]() |
| and Poland too (google image) |
![]() |
| Taraaa.. The Upside Down House in Tamparuli, Sabah |
Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)
Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.
![]() |
| Pemandangan dari depan. Platfrom kayu tu la tempat amek gamba |
![]() |
| Sedia memulakan perjalanan. Hehe. |
![]() |
| Pukul gong 3 kali je ye.. takleh lebih. Hujan kang katanya |
![]() |
| Oppps! Takleh amek gamba dalam Rumah Terbalik la. Jadi cerita selanjutnya tanpa gamba la ye. Hehe |
![]() |
| Pintu belakang. Perasan x ada basikal dan ampai tu? |
Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
- dibina mengikut ukuran sebenar sebuah rumah. dibina dalam tempoh enam bulan je tau
- kawasan sekitar rumah ni turut ditanam sayur-sayuran dan buahan-buahan. ada timun, tembikai. tembikai dia dah berbuah tau. geram je tengok.
- sepanjang nak masuk Rumah Terbalik ni kena ikut laluan yg disediakan.
- dilarang memijak rumput ye
- di pintu depan ada sebuah kancil yg turut diletakkan terbalik
Thursday, April 5, 2012
Bahaya mencuci mata di alam maya
Bahaya juga dok jalan2 di alam maya ni kan. Nak nak orang yg mudah terpengaruh macam Norsi ni. Dok blogwalking sana sini.. orang sana citer makan secret recipe, orang sini tayang kek secret recipe, orang sinun dok letak gamba kek secret recipe.. aduhhh.. wat Norsi teringin je.
Dah la en big boss ni jenis apa Norsi nak sume dia ok je. Ohhh.. bahaya.. bahaya. Baru je makan kek masa bday bebudak ni ari tu. Takkan nak beli kek lagi. Jimat Norsi.. jimat!
Dah la en big boss ni jenis apa Norsi nak sume dia ok je. Ohhh.. bahaya.. bahaya. Baru je makan kek masa bday bebudak ni ari tu. Takkan nak beli kek lagi. Jimat Norsi.. jimat!
Tuesday, April 3, 2012
Trying hard
Am trying my best to blog. Keep writing and then.. delete. It's not that I don't have any idea. It just that I am not in the correct mood.
Focus Norsi, focus!
Focus Norsi, focus!
Monday, April 2, 2012
1 April to celebrate
The cheeky boy turn 2 yesterday. And the big sister will turn 3 in two week times. So yesterday we had a simple celebration for the two of them.
![]() |
| The celebration. Betul punya simple kan? Ada cake, gula2, buah2an dan goreng2an je |
![]() |
| The Angry Bird cake. Kebetulan sangat ada kek Angry Bird ni masa nak beli. Suka sangat 2 beradik tu. |
![]() |
| Potong kek bersama2 |
![]() |
| Kakak : Besh mak kek Angry Bird nih... Adik : Sekodeng kek kakak. Hehe.. |
![]() |
| Birthday boy.. comot2 makan kek |
Friday, March 30, 2012
Catatan Perjalanan : Kipandi Butterfly Park, Kota Kinabalu
Kami menjejakkan kaki di Kipandi Butterfly Park minggu lepas. Tiada perancangan nak ke sini pun. Asalnya en big boss berhajat nak cari air terjun di Moyog (kes dgr member citer aa ni). Puas memandu, tak jumpa2 juga dengan air terjunnya. Jalan sudahlah gaya2 nak ke Genting (macam nak gi Gunung Kinabalu pun ye juga).. dengan bengkang bengkoknya, panjat bukitnya.. sampai Norsi pening. Sudahnya bila jumpa Kipandi Butterfly Park ni Norsi ajak en big boss singgah je. Ambil udara segar sikit.
Kipandi Butterfly Park ni betul2 di kawasan bukit yang tinggi. Jalan nak sampai tu mencabar la bagi Norsi. Kalau nak ke sini, ikut peta di bawah ni.
Masa mula2 sampai.. terkejut pun ye juga. Sebab macam kita berhenti tepi bukit camtu je. Ada satu pondok tu, itu la dia kaunter tiketnye. Rupa-rupanya Kipandi Butterfly Park ni kena jalan masuk ke dalam lagi. Turun naik bukit tau (maaf takde gamba. masa ni x teringat nk amek gamba. Dok pikir lega dapat kuar dari kete je. heh). Lepas turun naik bukit tu baru jumpa pintu masuk ni..
Kipandi Butterfly Park ni ada muzium serangga dan taman rama2. Kalau nak tengok gamba cantik2, tengok dekat website diaorang ye (http://kipandipark.com/). Ni gamba versi kami :
Sedikit mengenari Kipandi Butterfly Park ni :
Kipandi Butterfly Park ni betul2 di kawasan bukit yang tinggi. Jalan nak sampai tu mencabar la bagi Norsi. Kalau nak ke sini, ikut peta di bawah ni.
Masa mula2 sampai.. terkejut pun ye juga. Sebab macam kita berhenti tepi bukit camtu je. Ada satu pondok tu, itu la dia kaunter tiketnye. Rupa-rupanya Kipandi Butterfly Park ni kena jalan masuk ke dalam lagi. Turun naik bukit tau (maaf takde gamba. masa ni x teringat nk amek gamba. Dok pikir lega dapat kuar dari kete je. heh). Lepas turun naik bukit tu baru jumpa pintu masuk ni..
![]() |
| Hadooiii.. kena panjat tangga lagi. |
![]() |
| Mula-mula masuk Muzium Serangga dulu. kat dalam ni ada beribu2 serangga dan rama-rama. Serangga bukan sekadar dari Malaysia, dari luar negara pun ada. |
![]() |
| Ni serangga bentuk muka manusia. MASYAALLAH. |
![]() |
| Rama-rama dari luar negara. Lupa lak negara mana. Yng Norsi perasan, rama-rama luar negara banyak yang kilat2 macam dlm gamba ni. Rama-rama negara kita walaupun takde kilat2 camni tetap cantik. |
![]() |
| Lepas ke muzium, kita ke Taman Rama-rama lak. Tak besar sangat. |
![]() |
| Nampak tak rama-rama atas daun tu? |
![]() |
| Budak yang kena paksa posing oleh ABAHNYE bukan maknya ye. Hehe |
- dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang
- bayaran masuk RM10 seorang untuk dewasa. Kanak-kanak RM5.
- betul2 di kawasan tepi bukit. Dikelilingi tumbuhan dan hutan
- Selain muzium serangga dan taman rama-rama, Kipandi Butterfly Park ni juga memelihara tumbuh-tumbuhan. Sepanjang tangga di kiri dan kanan dipenuhi pokok orkid dan tumbuhan bunga-bungaan yang lain. Pokok nangka pun ada tau!
- secara peribadi, bagi yang berhajat sekadar nak dtg jalan2 tgk2 (lebih2 lagi bersama anak2 kecil).. mungkin tidak berapa sesuai. Bukannya apa.. perjalanan jauhhh benorr rasanya dan kawasan pinggir bukit. Tapi bagi pencinta alam dan rama-rama.. sangat2 digalakkan. Nak tengok rama-rama di alam semulajadinya? Kat sinilah.
- ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman dan sedikit cenderamata.
Labels:
catatan perjalanan,
jalan-jalan,
kota kinabalu
Monday, March 26, 2012
Amaran Laut Merah (Red Tide) di Kota Kinabalu, Sabah
Sabtu lepas en big boss memberitahu bahawa amaran laut merah telah dikeluarkan. Bila ditanya apa benda 'amaran laut merah' ni? Katanya fenomena laut menjadi merah dan haiwan2 laut macam kerang, ikan sume tu menjadi beracun dan tidak boleh dimakan. Jadinya buat sementara ni 'no seafood in our menu'.
Tadi Norsi wat carian pasal fenomena laut merah ni, rupa-rupanya fenomena ni adalah biasa di Sabah ni. Semenjak mula dikesan pada tahun 1976, boleh dikatakan hampir setiap tahun fenomena ini terjadi. Berdasarkan amaran terkini yang dikeluarkan, kejadian laut merah ni telah dikesan di perairan Pulau Gaya, Teluk Sepangar, persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi2 yang berdekatan. Hemphhh.. memang dekat sangat dah dengan kami ni.
Bersama-sama amaran laut merah ni, penduduk dinasihatkan supaya tidak memakan kerang-kerangan (macam kerang, tiram, remis, dalus dan lain2) dan juga ikan pelagik (seperti tamban, basung dan lain-lain) kerana tidak selamat. Tetapi ikan laut dalam, udang , ketam dan sotong selamat dimakan tapi insang dan organ dalaman hendaklah dibuang dan dibersihkan betul2 sebelum dimasak. Walaupun dah dinyatakan sotong, udang sume selamat tapi Norsi tetap gak tak berani jadinya tak makan seafood la kami sehingga amaran laut merah ni abis.
Fenomena laut merah ni bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh dunia. Apa kebenda laut merah ni? Dipetik terus dari Wikipedia,
'Red tide is a common name for a phenomenon also known as an algal bloom (large concentrations of aquatic microorganisms), an event in which estuarine, marine, or fresh water algae accumulate rapidly in the water column and results in discoloration of the surface water.'
Kiranya bukanlah laut tu jadi merah seluruhnya, cuma perubahan pada permukaan air. Hasil laut yang terdedah pada laut merah ni boleh memudaratkan jika dimakan, jadi sebab itu ada amaran laut merah ni.

| Amaran Laut Merah dari Jab Perikanan Sabah. Norsi dapat dr sini |
Subscribe to:
Posts (Atom)