Friday, September 30, 2011

mari belajar mengira

Satu hari ada 24 jam.
Satu jam ada 60 minit.
Jadi satu hari = 60x24 = 1440 minit.
Kalo sebelas hari = 1440 x 11 = 15840 minit.

Fuhhhhh.. 15ribu ok. Giler banyak minit lagi.
Ok skang dah jadi kurang seminit.

15839 to go.

Wednesday, September 28, 2011

cerita raya lagi..

kerana janji pada diri sendiri, maka disudahkan kisah raya yg dah basi ini (^_^)


Isnin 29 Ogos 2011
Sibuk wat persiapan raya. Isi ketupat yg dah siap anyam semalam. Tapi bukan Norsi yg isi tau. Adik bujang Norsi yg buat. Haaa.. memang tiap2 thn dia la tukang isi ketupatnya. Dah terer dah dia (err.. si kakak dia ni juga yg tak pandai isi ketupat). Goreng kacang untuk kuah kacang. Potong bawang untuk masak2. Tapi sangatlahhh geram, si Ikhwan asyikla melalak nak ngendeng maknye. Dibawa ke dapur sibuk kacau, dok depan sibuk soh mak teman. Abahnya ada pun takndak dia. Akhirnya persiapan raya banyak mak Norsi sorang je buat. Sian gak tapi memang tak bole tolong sgt dgn Ikhwan yg asyik melalak tu. Malam tu mak Norsi siap buat rendang + kuah kacang + ketupat. Kari ayam + masak lodeh siapkan pagi raya. Itu memang menu wajib kami tiap2 tahun.


<>  <> 
Norsi tak sempat amek gambo ketupat yg kitaorg buat, tapi camgini le rupa ketupatnye hehe (gamba amek dari sini)
Dulu masa Norsi kecik2 di kawasan perumahan ni memang tiap kali malam raya jemaah surau akan datang bertakbir raya dari rumah ke rumah. Tapi tiga empat tahun (ke dah lima nam thn) kebelakangan ni dah takde dah org yg nak bertakbir dari rumah ke rumah. Ye la, jemaah dah tua2 dan ramai pula yg balik kg. Tapi malam raya tu tetiba adik balik dari surau, bagitau malam tu ada takbir rumah ke rumah sebelum dia zass gi surau balik ikut org gi bertakbir. Yang kami di rumah ni apalagi, kelam kabut tukar sarung kusyen, isi kuih raya dalam bekas, letak karpet sume. Tunggu punya tunggu dekat kul 1 baru dorang sampai. Rupa2nya dorang dah plan, umah kami umah yg kedua akhir. Fuhhh.. skit punya lama kami tunggu. Pepun merasa la tahun ni org takbir raya umah  ke umah.


Selasa 30 Ogos 2011
Raya! Yeay! Subuh2 hari lagi mak Norsi dah bangun siapkan kari ayam dan masak lodeh. Norsi pun tolong mana2 yang patut la. Isi lauk pauk suma dalam bekas, susun2 skit meja yg dah sepah2, susun gelas. Pagi tu sume org solat raya, tinggal Norsi ngn bebudak comot 2 org tu je kat umah. Lepas siapkan meja untuk makan2 Norsi pun mandikan bebudak ni. Sbb en big boss dah pesan, lepas solat raya dia balik amek kitaorg gi surau untuk dengar khutbah raya. Masa sampai kat surau tu segan gile, sbb cari pintu untuk masuk tempat muslimah tak jumpa. Mana taknye, surau kat umah tu baru renovate, dulu setingkat skang dah dua tingkat. Dan inilah kali pertama Norsi balik sejak surau tu siap. haruslah terpinga2 cari tangga nak naik atas kan.

Balik solat raya barulah kami beraya sekeluarga. Makan sarapan dan bersiap2 nak ziarah kubur arwah abah. Sob sob. Ni la kali pertama Norsi ziarah kubur arwah abah di pagi raya. Dan en big boss tak pernah merasa sekalipun beraya dengan arwah abah. Dua tahun pertama perkahwinan kami en big boss sambut raya diperantauan dan tahun ketiga arwah abah dah takde. Sob sob. Dan bila kami berpindah ke sini, 2 thn berturut2 en big boss tak dpat cuti raya (ye la.. kami ni org kecik.. terima jelah). Ops.. jauh dah membebelnya tu.. balik citer pagi raya, elok kami dah kuar umah ada sedara lak dtg. Dorang pun br blk dr ziarah kubur (yg dekat je dngn kwsn perumahan kami) jd singgah beraya di rumah. Tapi disbbkan dorang tgk kitaorg dah kuar umah dan dah nak msk kereta, tak jadi dorang singgah (walaupun dah dijemput berkali2). Lain kali katanya.
Balik dari ziarah kubur arwah abah (taknak citer detail, nnt Norsi sedey..sobsob) kami melepak je dirumah sepanjang hari tunggu org dtg umah.


Rabu 31 Ogos 2011
Raya kedua, kami balik raya kg en big boss lak. Tgh bersiap2 makcik (adik bongsu arwah abah) sampai. Memang katanya dia nak beraya di rumah kami sampai raya ke 4. Nasib baik sempat jumpa (sbb kami beraya di kampung pun smp raya ke 4 gak).
Niat hati nak keluar umah pepagi hari, tapi dah lengah sana sini dah hampir tengahari gak baru kami dapat bertolak. Nasib baik juga jalan tak jem. Cuma sesak skit sebelum terowong Gambang. Ramai betul orang nak naik Bukit Tinggi (tempat peranginan) sampaikan kereta tak bergerak dekat simpang nk masuk Bukit Tinggi tu. Sampai kampung tgk dah ramai orang. Wahhh.. meriah betul kat kg. Sakinah sampai kg terus tak peduli kat mak abah dia dah. Ramai kawan nak melayan. Ikhwan je dok melekat kat maknya.

Khamis 1 Sept 2011
Raya ketiga, mak mentua wat kenduri doa selamat sikit. Alang2 sume anak2 ada dirumah katanya. Walaupun raya, lauk pauk sume lauk kg, masak asam patin, masak lemak labu, ayam masak merah, acar timun nenas.. semuanya 'homemade'. Norsi tak dapat banyak menolong (alasannya si ikhwan, tu pun asyik pass kat abah dia sbb nak tolong gak skit2). Seronok betul meriah reramai. Tetamu pun ramai. Konon sibuk gambo pun takde amek.

Jumaat 2 Sept 2011
Rata2 kami adik beradik pakat balik umah masing2 ari ni. Tapi masih ada gak satu dua keluarga yang balik besok. Kami ini pada mulanya minta tolong adik ipar tolong hantarkan (ye la org takde transpot) tapi dia pula kena uruskan majlis umah terbuka bossnya. Jadi kami bercadang naik teksi je. Malas woo naik bas dengan beg dan bebudak ni. Tapi abang en big boss tak bagi. Dengan baik atinya dia bagi kami pinjam kete isterinya. Terharu sungguh. Sob sob. Dan ari Isnin tu adik ipar amek kete tu dari KL bawa balik kg. Segan dan terharu. Trima kasih bebanyak.

Ok. Itu je la. Citer naik flight MAS yang mengecewakan kalo rajin Norsi citer lain kali.

Tuesday, September 27, 2011

am bored! new hobby pls come my way

Semenjak dua menjak ni Norsi agak bosan. Jadi sibuklah cari hobi baru (kononnya). Sibuk jengah blog orang sana sini cari ilham. Masa tengah bersemangat ni memang macam2 perancangannya. Nak buat kadlah, nak berkebunlah, nak menjahitlah, nak buat origamilah.. huh.. bab berangan2 memang tak hengat. Apa lagi ye yang bole dibuat sambil perang dengan budak kecik 2 orang ni ye?

p/s : awak.. saya tak pandai melukis cam awak. jadi lukis2 ni takleh jadi hobi saya. hehe.

Buat kotak camni pun ok gak kan.. cara leh tgk kat sini

Ke kita lipat2 origami sampai jadi camni? Blaja kat sini
Kita main potong2 tampal2 lekat2 sampai jadi camni pun ok gak kan?

Ke berkebun sampai jadi camni? hehe
Tapi last2 ini juga yang Norsi buat...

layan internet sampai lebam.. hahaha
p/s : all pics are google ya'

Friday, September 23, 2011

air takdok!

Aisehmen.. takdok air pulak. Takde warning pulak tu. Paip pecah dengarnye. Air dalam tong pun tinggal secoet je. Sakinah lak bangun tido bising2 nak mandi. Yang si adik lak bila tgk kakaknye dah mandi dia pun sibuk nak buka baju nak mandi. Sib baik la ada sebotol besar air mineral yang dah lama beli tak guna2. Itu la yang jadi penyelamatnya. Pastu tipon en big boss pesan beli air mineral bila dia balik untuk solat Jumaat kang.

Minta2 la cepat ada air balik. Seksa woo takde air ni. Ape pun tak bole buat...

Monday, September 19, 2011

Improvement

Baru dua hari tak online rasa macam dah lama giler tak buka fb dan blog. Nampak sangat itu je la keje ari2.. sampai baru sehari dua tak jengah pun rasa dah lama. Ni pun beronline sambil meneman en big boss layan bola yang penuh kekecewaan. Hehe. Pasukan pilihan dia kalah la tu.

Hari ni ada pencapaian baru. Yeay! Alhamdulillah ari ni berjaya handle acara makan2 kat umah. Hehe. Apalah sangat kan.. tapi bagi Norsi yang selama ni jadi 'sidekick' mak dan kakak je, berjaya handle semua sorang2 (err.. 2 org ngn en big boss) dari mula sampai abis bolelah dianggap 'cayalah!'. Hehe.

Oh.. game dah abis. Lenkali la sambung blogging. Ngantuk smalam tido 2 jam je. Daaaa...

Thursday, September 15, 2011

bila si kakak merajuk

The kids are having their nap so it time for mummy breaks too. And as usual, mummy breaks means lazily surfing the net and blogging (^_^)

Sepatutnya menghabiskan entry pasal raya aritu tapi tak bersemangat pula. Org lain entry raya dengan berkeping2 gambo, kami ni sekeping pun takde gambo bersama. Sibuk beraya sampai tak hirau langsung pasal amek gambo.

Jadi tukar entry psl budak bertuah Sakinah lak. Sejak balik cuti raya dah pandai merajuk. Tapi merajuk pun dengan abahnya aje. Pantang abahnya naik suara sikit, mula la tutup muka, tak kira la dengan tangan ke, bantal ke kat kerusi ke, pastu keraskan badan. Kalo dia rasa abahnya marah lebih skit, senyap2 dia menangis. Selagi tak dipujuk selagi tu la dok merajuk.

Semalam merajuk lagi dengan abahnya. Malam semalam kami keluar membeli barang. Macam biasa, Norsi orang terakhir masuk kereta. Masuk kereta je nampak Sakinah tengah membongkokkan badan sambil cuba sorok muka kat belakang kerusi abahnya sambil peluk bantal. Haii.. merajuk la tu.
'Budak ni merajuk ke?' Norsi tanya en big boss.
'A'ah.' ringkas je en big boss jawap.
Norsi sekodeng, ah.. tak menangis. Muka jaluk je (tau ke jaluk tu apa? muka malu2 org buat salah gitu. hehe) Suruh duduk, tak mau dia. Sanggup dia keraskan badan melekat kat kerusi tu. Kena la mak dia ni guna taktik pujuk2 bodek2 suh baring. Dah baring pun tutup muka ngan bantal lak.
'Uting' slow giler dia berbisik.
'Apa?' saja maknye wat tak dengar.
'Uting'
'Mak tak dengar la kakak. Cakap kuat sikit. Buka bantal tu'. terus dia diam. Pandai betul merajuk, bila mak suh buka bantal terus x minta puting dah.
'Abah tak marah dia pun. Naik sora sikit je tadi' aik.. tetiba je en big boss bela diri sendiri. Takut bini dia bising la tu. Padahal tak marah pun sbb tau Sakinah merajuk mengada2.
Yang comelnye bila kereta berenti pandai pula dia mengintai tengok dah sampai mana. Bila mak pula yang intai dia, nampak dia cover senyum (ohh.. budak bertuah ni dah pandai cover senyum ye). Bila abah nak turun kereta, mak cakap, 'Kakak nak ikut abah ke? Takyahlah. Kakak kan merajuk'. Dia diam je. Bila abah buka pintu kereta nak amek dia, elok je dia bangun nak pakai kasut. Merajuk la sangat!

Sakinah.. sakinah. Pandai betul berlakon merajuk skang. Sapalah yag ajar ni??

p/s : tapi merajuk ngan abahnye je. ngan mak, biarlah mak dia potpet potpet boombam bombam macam mana pun, dia tak peduli punnnn..

Tuesday, September 13, 2011

Jemari Asmara Mini GiveAway

Dah lama tak join GA. Ni boring2 leh la join Mini GA yang Jemari Asmara anjurkan ni.


Nampak hadiahnya tu? Bukan sorang dapat dua2 tau tapi dua pemenang akan dipilih (berdasarkan cabutan bertuah), hadiah sorang satu (^_^). Nak join? Senang je (kalo GA yg Norsi join mesti senang je cara nak join dia.hehe)

1- Follow blog Jemari Asmara (Norsi dah lama dah follow)
2- Wat entry ringkas dan link ke entry Mini GA ni (macam Norsi wat ni la)
3- Tinggal komen (kat entry Mini GA tu ye.. bukan kat entry Norsi ni.hehe. tak tuan punya GA tak tau lak korang join GA tu)

Dah siap! (^_^)

Sunday, September 11, 2011

Cerita raya..

Weekend. Tapi tak terasa macam ujung minggu pun. Biasalah.. en big boss kena keje. Boring jadi update blog pasal cuti raya ari tu.

Jumaat 26 Ogos 11
En big boss keje, pagi Jumaat baru balik jadi kami amek penerbangan petang. Barang sume Norsi dah siap kemas awal2 jd pagi tu tinggal kami bersiap2 je terus gi airport. Minta tolong member en big boss tolong hantarkan. Sampai airport tengok ramai tol org. Maklumle rata2 nak balik beraya gak. Tunggu punya tunggu takde pula pengumuman untuk kami check in kat mana2 kaunter. Malah kami tgk rata2 org guna kiosk. Jadi nak puas ati Norsi tanya kat kaunter pertanyaan. Rupa2nya mmg skang chek in guna kiosk je. Disebabkan Norsi tak amek pun no booking online ari tu (padahal en big boss dah pesan berkali2), kena la en big boss beratur pula untuk dapatkan balik no booking kitaog ari tu. Dah dapat no booking kitaorg pun dengan yakinnya beratur lak kat kiosk. Skali.. passenger with infant please check in at counter. Hok aloh.. pembaziran masa betul. Beratur sana sini skali kena gi kaunter gak.

Siap check in kena beratur lagi untuk check passport (iyeee.. sapa2 yg dok sabah lebih 3 bulan tapi bukan org sabah kena ada passport ye. lupa lak nama passport ni), check tiket, check kastam sumerlah. Bila dah masuk ruang menunggu bebudak dua beradik ni dah nampak kapal terbang, terus melekat kat cermin. Oh ye.. lupa lak. Untuk balik ke KL kami naik AirAsia. Alhamdulillah, penerbangan tak delay dan kami selamat sampai KL ikut jadual. Sampai KL, minta tolong adik lak amek. Kami sampai dalam pukul 4.30 gitu, amek beg, masuk kete sume kul 5 lebih gak kami bergerak dari airport. Adik Norsi dah awal2 cakap, jalan jem jadi dia ikut laluan alternatif mana ntah, dari lcct ke cheras dalam setengah jam je lebih kurang. Tapi kami nak sampai umah lebih kurang 2 jam gak la sebab sangkut gak dalam jem. Kul 7 br sampai umah, sedang elok tunggu waktu berbuka. Heh. Merasa la kami berbuka sekeluarga. Mak je takde sebab ada program kat surau. Tu pun mak balik umah sekejap sebelum maghrib sebab nak tgk cucu dia yg manja tak hengat ni.

Malamnye tunggu si Mimi dtg. Berbelas tahun tak jumpa, sejak form 3. Skali tgk.. tak berubah langsung si Mimi ni. Muka sebijik2 macam masa form 3 tu gak la. Tp nmpk matang la kan. hehe. Mimi dtg ngn tunangnya tapi sian tunang Mimi tunggu dlm kete je. Nak jemput masuk giler segan sbb en big boss masa ni dah terkedang tido kat ruang tamu. Nak kejut kesian lak, tau dia letih sbb tak rehat langsung dari Khamis tu. Sorry ye Mimi..

Sabtu 27 Ogos 11
Pagi Sabtu kami gerak ke Pahang lak. Tahun ni raya kat KL tp mmg dah plan awal2 nak singgah Pahang sehari dua sebelum raya, saja nak merasa berpuasa kat kg lak. Disebabkan kitaorg ni takde transport masa kat semenanjung, minta tolong adik lagi hantar blk kg. Sib baik la adik bujangku tu cuti panjang. Sampai kat kg ingatkan ramai yg dah balik skali ada anak buah sorang je. Sume pakat2 balik petang Ahad rupanya. Biarpun kami sekeluarga je yg balik, mak masak lauk berbuka.. perghhh.. tak hengat. Paling syiok, patin masak tempoyak. Rupa2nya mak sanggup gi TI semata2 nak cari patin segar untuk kami. Dah le semalam masa berbuka kat KL mak Norsi masak sup ngn sambal ikan keli. Sakan kami makan.

Ahad 28 Ogos 11
Kami bergerak balik ke KL lak. Kali ni pinjam kete adik en big boss lak. Kete akan dipulangkan bila kami balik beraya raya kedua. Ni la nasib kami org merantau. Terpaksa susahkan orang lain sbb takde transport. Huhu. Lepas berbuka mak dah bersiap2 nak wat ketupat. Jadi malam tu menganyam ketupatlah kami dua beranak. Buat pun tak banyak. Dalam 80 biji je. Sikit2 pun sampai tengah malam jugakla nak menganyamnye. Nak2 si kecik tu asyik sibuk kaco mak dia kat dapur. Ketupat dianyam awal sbb esoknya dah nak direbus.

**eh.. panjang lak entry ni. Dah le takde gambo. ok. stop dulu. nnt sambung lagi :)

Thursday, September 8, 2011

ke laut sudah moodku....

Niat di hati nak update blog pasal raya tapi menerima berita tak best pulak. En big boss dapat arahan gi kursus. Arahan lak diterima kurang 24jam. Abis ilang mood raya. Huhuhu. Yang en big boss lak bole lak bising, baju nak makan beradap takde. Makan beradap??? Apakah?? Nak kawen lagi satu ke pokcik oiiii??!! Cakap je la baju nak pakai kalo2 ada majlis makan malam takde. Bikin kecik ati bini je.

Takde mood. Takde mood. Huhuhuhu...