Isnin 29 Ogos 2011
Sibuk wat persiapan raya. Isi ketupat yg dah siap anyam semalam. Tapi bukan Norsi yg isi tau. Adik bujang Norsi yg buat. Haaa.. memang tiap2 thn dia la tukang isi ketupatnya. Dah terer dah dia (err.. si kakak dia ni juga yg tak pandai isi ketupat). Goreng kacang untuk kuah kacang. Potong bawang untuk masak2. Tapi sangatlahhh geram, si Ikhwan asyikla melalak nak ngendeng maknye. Dibawa ke dapur sibuk kacau, dok depan sibuk soh mak teman. Abahnya ada pun takndak dia. Akhirnya persiapan raya banyak mak Norsi sorang je buat. Sian gak tapi memang tak bole tolong sgt dgn Ikhwan yg asyik melalak tu. Malam tu mak Norsi siap buat rendang + kuah kacang + ketupat. Kari ayam + masak lodeh siapkan pagi raya. Itu memang menu wajib kami tiap2 tahun.
Norsi tak sempat amek gambo ketupat yg kitaorg buat, tapi camgini le rupa ketupatnye hehe (gamba amek dari sini) |
Selasa 30 Ogos 2011
Raya! Yeay! Subuh2 hari lagi mak Norsi dah bangun siapkan kari ayam dan masak lodeh. Norsi pun tolong mana2 yang patut la. Isi lauk pauk suma dalam bekas, susun2 skit meja yg dah sepah2, susun gelas. Pagi tu sume org solat raya, tinggal Norsi ngn bebudak comot 2 org tu je kat umah. Lepas siapkan meja untuk makan2 Norsi pun mandikan bebudak ni. Sbb en big boss dah pesan, lepas solat raya dia balik amek kitaorg gi surau untuk dengar khutbah raya. Masa sampai kat surau tu segan gile, sbb cari pintu untuk masuk tempat muslimah tak jumpa. Mana taknye, surau kat umah tu baru renovate, dulu setingkat skang dah dua tingkat. Dan inilah kali pertama Norsi balik sejak surau tu siap. haruslah terpinga2 cari tangga nak naik atas kan.
Balik solat raya barulah kami beraya sekeluarga. Makan sarapan dan bersiap2 nak ziarah kubur arwah abah. Sob sob. Ni la kali pertama Norsi ziarah kubur arwah abah di pagi raya. Dan en big boss tak pernah merasa sekalipun beraya dengan arwah abah. Dua tahun pertama perkahwinan kami en big boss sambut raya diperantauan dan tahun ketiga arwah abah dah takde. Sob sob. Dan bila kami berpindah ke sini, 2 thn berturut2 en big boss tak dpat cuti raya (ye la.. kami ni org kecik.. terima jelah). Ops.. jauh dah membebelnya tu.. balik citer pagi raya, elok kami dah kuar umah ada sedara lak dtg. Dorang pun br blk dr ziarah kubur (yg dekat je dngn kwsn perumahan kami) jd singgah beraya di rumah. Tapi disbbkan dorang tgk kitaorg dah kuar umah dan dah nak msk kereta, tak jadi dorang singgah (walaupun dah dijemput berkali2). Lain kali katanya.
Balik dari ziarah kubur arwah abah (taknak citer detail, nnt Norsi sedey..sobsob) kami melepak je dirumah sepanjang hari tunggu org dtg umah.
Rabu 31 Ogos 2011
Raya kedua, kami balik raya kg en big boss lak. Tgh bersiap2 makcik (adik bongsu arwah abah) sampai. Memang katanya dia nak beraya di rumah kami sampai raya ke 4. Nasib baik sempat jumpa (sbb kami beraya di kampung pun smp raya ke 4 gak).
Niat hati nak keluar umah pepagi hari, tapi dah lengah sana sini dah hampir tengahari gak baru kami dapat bertolak. Nasib baik juga jalan tak jem. Cuma sesak skit sebelum terowong Gambang. Ramai betul orang nak naik Bukit Tinggi (tempat peranginan) sampaikan kereta tak bergerak dekat simpang nk masuk Bukit Tinggi tu. Sampai kampung tgk dah ramai orang. Wahhh.. meriah betul kat kg. Sakinah sampai kg terus tak peduli kat mak abah dia dah. Ramai kawan nak melayan. Ikhwan je dok melekat kat maknya.
Khamis 1 Sept 2011
Raya ketiga, mak mentua wat kenduri doa selamat sikit. Alang2 sume anak2 ada dirumah katanya. Walaupun raya, lauk pauk sume lauk kg, masak asam patin, masak lemak labu, ayam masak merah, acar timun nenas.. semuanya 'homemade'. Norsi tak dapat banyak menolong (alasannya si ikhwan, tu pun asyik pass kat abah dia sbb nak tolong gak skit2). Seronok betul meriah reramai. Tetamu pun ramai. Konon sibuk gambo pun takde amek.
Jumaat 2 Sept 2011
Rata2 kami adik beradik pakat balik umah masing2 ari ni. Tapi masih ada gak satu dua keluarga yang balik besok. Kami ini pada mulanya minta tolong adik ipar tolong hantarkan (ye la org takde transpot) tapi dia pula kena uruskan majlis umah terbuka bossnya. Jadi kami bercadang naik teksi je. Malas woo naik bas dengan beg dan bebudak ni. Tapi abang en big boss tak bagi. Dengan baik atinya dia bagi kami pinjam kete isterinya. Terharu sungguh. Sob sob. Dan ari Isnin tu adik ipar amek kete tu dari KL bawa balik kg. Segan dan terharu. Trima kasih bebanyak.
Ok. Itu je la. Citer naik flight MAS yang mengecewakan kalo rajin Norsi citer lain kali.
No comments:
Post a Comment