Si kakak walaupun tidak tidur siang dan sudah letih tapi ditahannya mata kerana ingin menonton tv. Bila Norsi menutup tv mengamuklah dia. Habis dicampak semua bantal. Meraung sehingga muntah. Dan bila maknya tidak memujuk, dalam meraung2 dia datang memeluk mak. Setelah itu barulah diam hendak tido. Memang sudah kebiasaannya, sebelum tido mesti mak peluk dan cium. Hai.. nak sambung marah pun tak sampai hati. Sudahnya setelah dipeluk mak sambil baring barulah tertido.
Yang si adik pula memang segar mata. Mana taknye, elok lepas Maghrib dia tertido sehingga jam 9 lebih. Puas dipujuk tido, meronta2 dia tidak mahu baring. Jam dua pagi, dia masih menyeret kerusi hendak memanjat meja. Apalagi, kena la piap sikit dgn mak di tapak kaki. Tapi bila mak sibuk menukar pampers kakak, diseretnya kerusi sekali lagi. Tak berdaya nak mengejar dia, Norsi biarkan sahaja. Ah.. sekali rupa2nya dia hendak mengambil botol air masaknya di atas meja. Rasa kesal pula marahkan adik tadi. Yang adik pun satu, tak cakap nak air masak. Boleh mak ambilkan. Tapi minumnya sedikit saja, selebihnya dibuat main. Aduhlah anak.
Letih bila anak2 meragam. Tapi inilah dua orang buah hati penawar jiwa.
Amboihhh.. mesra benor gayanya |
p/s : sebenarnya risau bila memikirkan cara terbaik mendidik anak2. hendak garang sangat, risau dia melawan. hendak berlembut, tidak mendengar kata pula. Aduhhhhh... risau.. risau..
3 comments:
itulah karenah anak2...mie pun cam norsi jugak...nak dimarah sgt, takut anak memberontak....tp kalau berlembut sgt, takut naik lemak...lahai...nak wat camne...kenalah sama adil dan saksama perasaan garang dan lembut tuh...
hargailah kenangan mereka (anak2) ketika masih kecil..esok2 dah besar..kita plak rindukan kaletah kanak2 mereka...tol tak? :)
Kena banyak sabar layan karenah anak2 ni.. tambahan pula anak2 sekarang tak macam kita dulu2
mie : kan mie kan. kata org sayg anak tangan-tangankan.. tapi takut memberontak la pula. norsi pun sedg berusaha jadi adil ni :)
dek sbb nk simpan kenangan dorang kecik2 aa norsi tulis kat sini. dorng beso sok soh baca blk.. haaa.. camni la perangai korang kecik2 dulu. hehe
norsalmi : mmg lain betul kita dulu ngn bebudak skang. norsi dulu setakat kena rotan ngn mak tu syp je. sbb tau diri sendiri yg salah. bebudak ni kita piap dia, pandai pulak dia bls balik. aduhlahhhhh..
Post a Comment