Thursday, January 19, 2012

Si Ikhwan lagi!

Kata orang.. jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga lembu sekandang.
Kata Norsi.. jaga anak bujang yang terlebih lasak seorang ni lebih adventure. Hehe.

Antara kecekapan Ikhwan :
  • Seret kerusi ke meja semata2 nak panjat meja makan. Sebab atas meja makan ada macam2.
  • Buka seluar dan pampers sendiri. Lepas tu lari2 satu rumah pakai baju je (lari dari mak sbb tak bg mak pakaikan balik pampers dan seluar).
  • Seret gitar abah buat main. Pandai pula pusing2 tuner gitar tu (skang dah tercabut dah pun).
  • Buka laci amek dokumen2 penting pastu simpan balik.
  • Melawan bila kena marah dek abahnya.
  • Panjat lemari tv dan ketuk tv.
  • Dan yang terbaru.. tumpahkan air. Bila mak sibuk lap air atas lantai, dia jilat air yg tertumpah atas kerusi (Norsi tak perasan atas kerusi pun kena). Dan lepas tu buka bekas susu kakak dan tuang atas meja sambil cakap.. oh no!

Argghhh... Ikhwannnnnnnn! (jerit macam Dave jerit kat Alvin.heh)

p/s : nakal2 pun, manjanya bukan main. Semua ni dicatatkan bukan kerana Norsi mengeluh.. tapi sebagai kenangan. Besar sok suruh dia baca.. haaa.. inilah perangai Ikhwan kecik2. Hehe.

2 comments:

nome said...

anak ooohhh anak....itulah telatah anak2...esok bile derang dah besar...kita rindu plak

Norsi said...

memang. nakal2 pun tapi terasa rapat sgt. Sbb dia manja ngn kita kan (^_^)