Monday, October 31, 2016

Sahabat

Entry beremosi hari ini.

Sahabat,
Tabahnya dia,
Tetap dia berdiri teguh dilanda ribut yang mencengkam,
Sabarnya dia,
Masih dia terlihat putih dibalik gelapnya hitam,
Kuatnya dia,
Mengunci kemas dukanya tidak terlihat jauh di dalam.

Sahabat,
Dia yg terlara,
Dia yg terserpih hatinya,
Namun dia yang menghulurkan kata menenangkan jiwa.

Sahabat,
Semoga ALLAH permudahkan urusanmu sahabatku,
Semoga ALLAH memberikan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaranmu sahabatku,
Dan semoga suatu hari nanti dapat aku menjadi sahabat yang baik buatmu sepertimana kau menjadi yang baik buatku.

Terima kasih ALLAH... Kerana menjadikan dia sahabatku.

Friday, September 30, 2016

Rambling

Stress.
Need to de-stress.
Imagining myself relaxing with a cup of tea while enjoying doing whatever craft thingy i can get my hands on.
When the reality is... nonstop house cores screaming for me to do it.
The perks of being a housewife.

Wednesday, September 21, 2016

Alahai..

Alahai... sunyi juga blog Norsi ni. Haritu punya la bersemangat nk update selalu. Akhirnya harapan tinggal harapan je.

Ni pun update sebab xnak blog sunyi sgt. Nnt update lg.

Monday, August 22, 2016

Tips bagi lantai kilat

Baru-baru ni Norsi ada terbaca di facebook tips mencuci rumah. Memang suka la Norsi tips2 macam ni. Antara tips yg dibagi tips mengurangkan habuk lekat di perabot, tips bagi wangian di rumah tahan lama dan ada lagi Norsi x berapa ingat.

Yang menarik perhatian Norsi adalah tips nak bagi lantai berkilat. Lantai umah Norsi ni dah macam belacan jadi semangat Norsi nk cuba.

Bahan dia mudah je. Sabun cuci lantai yang biasa kita pakai tu campurkan cuka sikit dan air panas. Lepas tu mop je umah macam biasa.

Gigih Norsi pagi ni mop lantai. Pada pandangan Norsi lantainya berkilat mcm biasa je. Hihi. Umah pun ada bau cuka lepas mop. Norsi terbubuh banyak cuka kot. Almaklum tips tu x ckp bnyk mana. Ikut suka Norsi je tuang cuka td. Hahaha.

Tapi yg pastinya keje mengemop memang jd lebih mudah. Senang je kotoran2 degil tu nyah dari lantai. Sebelum ni mmg Norsi menyental sikit bila mengemop. Udah lantainya gaya belacan kan. Kali ni mop xyah sental pun bersih.

Jadi bagi Norsi tips ni mmg ok. Cuma lain kali Norsi kena kurangkan cuka skit kot. Pening weih bau cuka menusuk hidung ni.

Sunday, August 21, 2016

Baru nk reti buat roti gulung sosej

Hari ni kali pertama Norsi cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya semalam Ikhwan nak roti sosej tu tapi xde. Ye la... singgah kedai roti pukul 9 lebih. Orang tu pun nk tutup kedai dah. Mula la Ikhwan tu buat muka seposen dia. Kesian punya pasal Norsi janji pagi ni Norsi buat roti sosej tu untuk dia. Yang kelakarnya sebelum tido bole dia kata, 'Ikhwan harap mak berjaya buat esok'. Tak confident kat mak ke apa anak bertuah sorang ni. 😂😂

Jadi pagi ni lepas buat roti bakar dan telur carak utk sarapan, gigih la Norsi buat roti sosej ni. Senang je sebenarnya. Norsi je yg tak pernah nak cuba.

Memula rebus sosej dulu. Biar sejuk.
Sementara tunggu sosej sejuk bole la sediakan telur. Pecahkan sebiji telur dlm mangkuk dan ketuk2 sikit.
Sediakan serbuk roti dlm mangkuk yg lain. Norsi buat sendiri serbuk roti ni. Dlm peti ais mmg dh ada roti kering yg dh bertahun Norsi simpan. Mmg sengaja simpan nk buat serbuk roti. Blender halus je roti kering ni menggunakan blender kering.
Lepas tu boleh la mula gelek roti bagi penyek.
Letak sosej td kat hujung roti dan gulung.
Sapukan sedikit telur di hujung roti tu sebagai gam nak bg lekat.
Kalo suka bole letak cheese skali dgn sosej tu td.
Lepas tu golekkan roti td dlm telur.
Lepas tu golekkan dlm serbuk roti pulak.
Lepas tu bole la goreng dlm minyak yang banyak. Minyak tu biar panas tp air sederhana je. Kang hangus lak kang.
Goreng sampai keemasan dh bole angkat.
Siap dh utk dimakan.

Isyk... xleh lak nak upload gambo. Nnt cuba lg.


Friday, August 19, 2016

Hati yg suram

Hari ini mood mendung je. Membaca berita yg meruntun jiwa. ALLAH... besarnya ujianMU utk keluarga itu. Kurniakanlah kekuatan buat mereka sekeluarga Ya ALLAH.

Terkadang perkara yang berlaku di sekeliling membuat Norsi menilai diri sendiri. Refleksi diri. Sungguh Norsi perlu memotivasi diri.

Desperately need a break.

Tuesday, August 16, 2016

Kek Lapis Cheese Coklat

Dah lama entry ni ada dalam draft. Norsi simpan untuk rujukan. Tapi bila x publish dan dah lama tak sign in, memang x ingatlah ada resepi ni dlm draft. Norsi publish supaya lain kali senang Norsi nk rujuk.

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
Kek coklat ni pulak Norsi x ingt dpt dr mana. Tu la.. lama sgt dlm draf. 

KEk COKLAT
1 cwn gula perang
1 cwn susu segar biasa/perisa coklat/susu sejat
1 cwn minyak masak
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur

- Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk koko,gula,susu segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk & panaskan diatas api kecil hingga semua larut. Matikan api.

 Pkl telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn tepung. Gaul sebati. Dgn menggunakan senduk, tuang perlahan adunan kek diatas puding yg telah dikukus/bakar td (pastikan puding sejuk dahulu). Kukus/bakar 1 jam @ hingga masak. Sejukkan. Barulah diterbalikkan kek tu.

GUNA KAEDAH STEAM BATH JIKA INGIN BAKAR DLM OVEN-160c @ mengikut oven masing2 menggunakan api bwh saja

Monday, August 15, 2016

Kembali menulis

Bismillahirahmannirahim..

Lama tidak menulis. Setahun sepi biarpun acapkali perasaan ingin menulis melonjak2... tapi tidak pernah berkesempatan.

Alasan sibuk memang cliche' tapi itulah sebenarnya. Got my hands full with the kids, house cores and others.

Lately my body started acting up, i feel pain here and there, my weight decreased dramatically, i lose my balance more than once and my back is killing me. Guess the stress are getting me.

So I decided I need some time out. Time to slow the pace a bit and do things that I enjoy. Hence... the update of this blog.

Moga2 tidak berulang sepi (^-^)