Bagi yang pernah ke Pusat Kraftangan Kota Kinabalu, pasti perasan sederetan mesin jahit bersama tukang-tukang jahitnya di tepi pasar tersebut sedia membantu. Tampal baju, jahit kaki seluar.. antara perkhidmatan yang ditawarkan (cewahhh ayat Norsi.. hehehe). Err sekurang-kurangnya itu yang Norsi pernah nampak.
Baru2 ni kami ada beli kain meter untuk Sakinah dan Ikhwan. Saja beli sebab Sakinah berkenan dengan corak Angry Bird pada kain tu. Beli kain murah aje pun. Udah kata kain murah, bila dibasuh habis benang2 kat tepi tu tercabut. Jadi cadangnya nak hantar jahit tepi (kami takde mesin jahit). Tapi en big boss cadangkan kami hantar ke tukang jahit kat tepi Pusat Kraftangan tu aje. Norsi pun ok aje.
Kain tu ada dua helai. Setiap satu semeter je pun. Dan kami cuma minta tukang jahit tu jahit tepi kiri dan kanan. Macam jahit kain batik tu. Itu je. Bila dah siap, en big boss tanya berapa. Skali dia kata, RM10. RM10! Untuk dua helai kain yang setiap satunya semeter untuk jahit tepi je. Maksudnya dia amek upah untuk jahit tepi sehelai kain tu RM5. Harga kain tu pun baru RM2++ semeter tau.
Terkejut kami dibuatnya. Sampai tak terkatalah. Sudahnya lepas bayar kami saling memandang je. Silap kami juga sebab tak bertanya berapa dia nak caj sebelum bagi kain tu. Cuma tanya boleh tak jahit tepi utk kain meter.
Pengajarannya.. silalah bertanya dulu jika tak pasti. Kalau tak jadilah macam kami. Buta2 kena bayar mahal. Takmo dah anta apa2 gi jahit kat situ. Huhuhu.
1 comment:
Murah tu..sbb utk 1 kain kiri n kanan dia caj rm5...biasanya sbelah sja rm5....spatutnya total tailor tu kna caj... rm20 tu...
saya pon x thu mnjhit...tp tahu kita kna byar utk kmhiran n kkemasannya...sbb x smua org d anugerahkan kmhiran mnjhit...
utk mndpt qlty yg bgus mst dgn ktelitian yg hebat...sbb tu kita nmpk mhal...usaha krjanya rumit...nmpk ja mudah..
maaf yer skadar pndangan saya...
Post a Comment