Sunday, February 5, 2012
Pengalaman wireless rosak
Sebenarnya sejak kebelakangan ni line internet kat umah ni asyiklah tenggelam timbul. Kejap ada kejap takde. Nak update blog pun jadi tak semangat. Masakan tidak, baru nak karang entry tetiba takde line. Bila asyik takde line, Norsi pun asyik 'restart' modem ajelah. Dah itu 'nasihat' yang diberi bila 'troubleshooting'.
Agaknye merajuk asyik ditutup buka, tahu2 wireless padam. Langsung tak berfungsi. Internet yang mulanya asyik takde tetiba elok pulak bila wireless meragam. Jadinya pukul 3 pagi tadi Norsi telefon 'customer services'. Sebab apa kul 3? Sebab kalau telefon waktu lain punyalah payah nak dapat. Telefon sebelum Subuh gini baru senang.
Lepas diterangkan masalah dan sekali cubaan restart, pegawai khidmat pelanggan tu tu kata kena sambung kabel baru bole setting balik. Aduhlah.. sudahlah telefon dan modem jauh antara satu sama lain. Sudahnya Norsi letak dulu, cabut modem, usung komputer dan pasang balik dekat telefon. Lepas tu telefon balik khidmat pelanggan tu. Kena pula explain balik situasi. Dan rupanya senang je nak betulkan.
1) Restart computer (sebab komputer Norsi pada mulanya tak boleh detect modem)
2) Bila dah dapat internet, pegi page 19X.1XY.1.M (err yg huruf tu sume no) masukkan user name dan password yang diberi oleh pegawai khidmat pelanggan tu
3) Klik "Enable Wireless"
4) Set username dan password kita dan.. siap!
Tu je rupanya. Lenkali kalo rosak lagi Norsi buat sendiri je. Takyah tipon dah. Haha.
p/s : entry ni sebenarnya untuk rujukan Norsi di masa hadapan. kot2 rosak lagi. Tahu dah nak buat macamana. Tak payah tunggu pukul 2 3 pagi semata2 nak telepon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment