Ini sebenarnya kisah beberapa minggu lepas. Tapi hari inilah baru nak cerita. Kisah konon2nya keluar sekejap jadi berjam2.
Kisahnya bermula dengan pelawaan si suami di kala hujung minggu, 'Hendak sarapan apa?' Memikirkan lama tidak membawa anak2 keluar di pagi hari (selalu keluar petang atau malam), si isteri mengajak sarapan di luar. Maka bersarapanlah mereka di KKIP. Lepas sarapan, dalam perjalanan balik si isteri boleh pulak dengan tak pikir apa2 cakap kat si suami, 'Ikut jalan sini dah dekat Tuaran kan. Kita bawa bebudak ni gi Taman Buaya Tuaran nak?' Si suami lak ok aje.
Maka berjalanlah mereka ke Taman Buaya Tuaran. Balik dari Taman Buaya, masa dalam kereta berkatalah lagi si isteri, 'Aritu kan ada baca kat blog orang pasal Jambatan Tamparuli tau. Rupa2nya ada Jambatan Tamparuli yg tergantung tu. Yang kita lalu dulu tu Jambatan Tamparuli baru.' Si suami yang sporting tu pun kata, 'Nak pegi ke? Jomlah. Alang2 dah dekat.'
Maka menghalalah mereka ke Tamparuli. Sesampai di Tamparuli, hujan gerimis. Jadinya boleh tengok sajalah Jambatan Tamparuli yang panjang tu. Tak turun kereta pun. Dan dalam perjalanan balik sekali lagi si isteri berkata, 'Gi Muzium nak tak? Aritu tak sempat pegi. Lepas gi muzium kita balik.' Dan sekali lagi si suami dengan baiknye berkata, 'Jom.'
Maka bergeraklah mereka dari Tamparuli ke Muzium Sabah di Kota Kinabalu. Dan disebabkan tersilap jalan mereka sampai di Muzium Tamadun Islam terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Muzium Sabah. Dan selepas itu ketika hari sudahpun menginjak petang barulah mereka pulang. Itupun boleh lagi si suami yang super duper sporting tu tanya lagi, 'ada nak pegi mana2 lagi tak?'
Haha. Itulah dia kisah kami yang konon2nya keluar sarapan je tapi sudahnya habis berjalan sana sini sampai pukul 3 lebih. Gara2 Norsi la tu yang asyiklah nak pegi sana sini. En big boss pun ikut je Norsi ajak pegi mana semua ok je. Hehe. Nasib baiklah kami ni memang jenis keluar sekejap pun usung siap susu, baju, pampers spare anak2. Jadi kalo sekadar jalan2 adhoc ni bole la.
Nasib Norsilah dapat suami sporting cam en big boss. Ikut aje bini dia ni ajak sana sinun. Hehe. Mekasih ye en big boss. Lenkali kita jenjalan lagi. Hahaha (^_^)
No comments:
Post a Comment