Thursday, January 31, 2013

Catatan seminggu

Berkali-kali Norsi cuba buat entry, tapi berhenti separuh jalan. Akhirnya jadi draft je. Kali ni usahakan juga untuk siapkan entry.

Catatan untuk seminggu yang dah berlalu secara rawak :
  • Hujung minggu lepas mendapat perkhabaran sedih. Seorang sahabat kehilangan ayahanda tercinta. Sungguh Norsi tumpang bersedih. Sebak dada, mengalir airmata bila membayangkan keperitan kehilangan bapa. Iya.. Norsi tahu peritnya kerana Norsi juga telah kehilangan abah tercinta. Buatmu sahabatku Normy, semoga kekuatan dan ketabahanmu berterusan.
  • Seminggu dua ni cuaca panas di KK. Seronok membasuh sebab baju kering dengan jayanya. Tapi membasuh je yang penuh semangatnya, bila tiba bab melipat.. haiiiii... bercintanye lah. Sudahnya baju berlonggok2 tak berlipat. 
  • Malam kelmarin tiba2 tiada elektrik. Di sini mmg biasa kalau elektrik tiada tiba2. Nasib baik jugalah masa tu tengah online. Bateri laptop pun tengah penuh jadi Norsi suruh bebudak ni duduk dekat laptop sementara Norsi cari lampu suluh. Nasib baik juga sekejap je takde elektriknye.
  • Dua tiga hari ni sibuk buat sampul untuk kad kahwin adik. Senang je nak buatnya tapi banyak betul tukang 'bantu'nye. Jadi baru siap berapa puluh je. Ada ratus lagi ni. Kena la lebih merajinkan diri.

Monday, January 14, 2013

Teaser : Kad kahwin handmade


Projek yang kini sedang berjalan. Kakak yang rajin (Norsi le tu. hehe) menawarkan diri untuk membuat kad kawin handmade sempena perkahwinan adik. Ini baru kad contoh. Ada 5 contoh semuanya. Nnt bila pengantinnya dah pilih kad bolehlah Norsi tunjuk di sini ye. 

Kad ni dibuat guna Words je. Print pun guna printer biasa. Kad kawin budget namanye (^_^)

Gamba kelabu sebab gambarnya diambil waktu malam guna handphone je jadi kurang jelas. Nnt bila berkesempatan Norsi akan letak gamba yg lebih jelas ye. Kita bagi empunya kad tgk dan pilih dulu.

Thursday, January 10, 2013

Random pictures of KK




Wednesday, January 9, 2013

Dia dalam ingatan

Rindu.
Teringat-ingat.

Bulan 2 ni genap 4 tahun abah pergi. Dan Norsi sentiasa ingatkan abah. Masih tak mampu melihat gambar2 abah tanpa menitiskan air mata. 

Setiap kali Norsi bawa kereta, Norsi ingat abah. Dulu abah yang ajar Norsi bawa kereta. Duduk di sebelah Norsi sambil emak dibelakang pusing2 kawasan kilang depan rumah. Abah akan suruh Norsi ikut jalan yang senang aje. Semuanya masuk kiri. Sebab senang. 

Bila nak masukkan gear ingat abah. Dulu setiap kali nak tukar gear Norsi mesti tengok gear nak tahu gear berapa. Abah kata tak payah tengok. Pegang je boleh tahu. Terkial-kial Norsi. Manalah Norsi boleh agak dengan sekadar pegang aje. Kini Norsi paham. Pengetahuan itu akan datang dengan pengalaman.

Dulu abah pesan, bawa kereta tengok 100 meter dihadapan. Tengok kereta depan. Nampak kereta depan brek kita pun mesti tekan brek. Biarpun masih jauh.

Abah memang risau bila Norsi bawa kereta. Sebab abah tahu betapa cemerkapnye anak dia yang seorang ini.

Dan yang kelakarnya abah juga tahu menantu abah yang seorang tu (siapa lagi kalau bukan en big boss tercinta.heh) susah nak ingat jalan kalau tak biasa. Jadi abah akan bagitau jalan yang senang, yang terussss aje. Biarlah jalan tu jauh pun. Asal senang.

Abah..
Terima kasih.
Abah dah tiada tapi abah tetap ada dalam kenangan dan ingatan Norsi.

Al-Fatihah buatmu abah.

Tuesday, January 8, 2013

Catatan Perjalanan : Perdana Park Tanjung Aru (di waktu siang)

Hari minggu yang lalu Norsi mengajak en big boss bawa anak2 berjalan2 di Perdana Park Tanjung Aru. Selalunya pergi waktu malam sebab nak tengok 'musical fountain'. Kali ni saja ajak pergi waktu siang sebab nak pusing satu taman (^_^)

Perdana Park ni terletak berdekatan Terminal Air Asia ataupun dikenali sebagai KKIA Terminal 2. Betul2 bertentangan lampu isyarat nak ke Terminal Dua ni. 

Simpang masuk ke Terminal 2
 Kalau dari KK nak ke Perdana Park kena terus melalui lampu isyarat di Terminal 2 ni. Kena u turn dekat bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru.

Bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru. Kalau terus masuk kawasan parking Pantai  1
Bila dah u turn, Perdana Park di sebelah kiri. Terminal 2 disebelah kanan.
Pintu masuk Perdana Park
Kawasan parking di dalam Perdana Park
Perdana Park ni memang sesuai untuk santai2. Ada tasik, taman permainan untuk kanak2 malah turut disediakan kemudahan untuk berjoging dan bersenam. 

Seronok jalan2 di sini. En big boss kata terasa macam di Taman KLCC. Teringat zaman dating dulu2. Hehe. Sungguh... Norsi rasa romantik je jalan2 kat sini. Nak-nak pula cuaca cantik. Rasa cam best je kalau dapat berkelah kat sini kan. Tapi kat Perdana Park ni tak dibenarkan bawa makanan dan minuman. Jadi takleh la nak piknik kat sini. Tapi di sini ada kedai makan. Secret Recipe pun baru dibuka kat sini.

Bukan makan-minum je tau.. yang diatas2 ni sume tak bole tau.

Kawasan permainan untuk kanak-kanak kecil

Yang ini lebih sesuai untuk budak-budak yang lebih besar. Tapi mak bapak  orang dewasa takleh la kan

Tasik di Perdana Park. Masa ni kami dah pusing separuh taman. 

Kawasan yang biru sebelah tasik tu  adalah tempat untuk bersenam
Perdana Park ni percuma. Parking je kena bayar. Tandas pun kena bayar. 50sen. Tapi tandas dia bersih betul tau.

Monday, January 7, 2013

Red Tide Alert for Kota Kinabalu (Jan 2013)

Pagi tadi semasa dalam kereta terdengar berita kematian dua kanak-kanak akibat memakan kerang yang tercemar dek laut merah. Dalam bulan 3 tahun lepas ada gak amaran laut merah yang dikeluarkan. Tapi ini la kali pertama Norsi dengar ada kematian disebabkan fenomena laut merah ni. Takut pulak jadinya. Nampaknya kena keluarkan kerang-kerangan dan makanan laut dari menu ni. 

Berita mengenai amaran laut merah kali ni Norsi cuma jumpa di The Star online. Tak jumpa pula salinan surat amaran macam tahun lepas. Kawasan yang dikesan ada laut merah ni adalah berdekatan pantai barat Sabah iaitu Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran. Dan kanak-kanak yang meninggal tu dikatakan mengutip kerang di pantai dekat Sepangar dan makan mentah-mentah.

So my Kota Kinabalu fellows.. keep alert ya. 

Gambar : Kota Kinabalu

Hujung minggu yang malas bagi kami. Kerana kami bermalasan sahaja hujung minggu kali ini. Tidak ke mana-mana. Sekadar bersantai di rumah dan berjalan-jalan di Perdana Park di Tanjung Aru. Nanti bila rajin Norsi akan citer pasal Perdana Park. Wat masa ni layan gamba sekitar KK dulu ye.

Pantai 2 Tanjung Aru

Pemandangan dari food court Suria Sabah. Cantik kan?

Perdana Park Tanjung Aru

Pasar Kraftangan. Ada menjual bermacam hasil kraftangan dari Sabah. Paling terkenal.. mutiara :)

Thursday, January 3, 2013

Anjing, sampah dan makcik DBKK

Hari ni DBKK dapat pekerja sementara baru. Ni la pekerjanya...


Gambar seperti di dalam resume. kehkehkeh
Al-kisahnya dah seminggu lebih sampah di kawasan perumahan kami tak dikutip. Sampaikan tong sampah pun dah tak muat nak letak sampah dah. Kat kawasan perumahan  ni pulak banyak anjing. Kalo dah banyak anjing tuh ditambah pula dengan limpahan sampah.. jawapnya majlis makan malam anjing2 tu la. Anjing2 ni pun satuuuu... dalam bnyk2 tempat tong sampah Norsi juga jadi pilihan jamuan dorang.

Pagi ni dah kali ke3 dorang buat jamuan kat depan umah dalam tempoh seminggu sampah tak berkutip ni. Abis sampah berterabur atas jalan. Smalam dah kutip balik (iyeeeee... kutip balik sampah2 tengah jalan tu ye kawan2. Sib baik x banyak kete). Dah la kutip sambil direnung dek 2 3 ekor anjing tuh. Dorang marah la tu belum habis makan dah kena halau pastu tempat makan kena kemas. Elok je dia berdiri sambil tengok tepat kat Norsi. Pastu bila Norsi bising2 halau disalaknya Norsi. Siap panggil bodyguard tambah 2 ekor lagi (okey.. masa ni Norsi lari masuk umah. Scary tau. Pastu baru keluar balik).


Berbalik kepada pagi ini (cewahh) bila tgk sampah berterabur balik dan lagi teruk dari smalam (dah la berterabur, dah kena lenyek dek kereta lalu lalang lagi) Norsi tekad telefon DBKK. Nak tanya jadual pengutipan sampah dan bila masa terdekat dorang nak kutip sampah. Kalo lambat lagi nak buat rayuan minta dipercepatkan. Tepon DBKK cakap nak tanya pasal pengutipan sampah dia bagi nombor bahagian pengutipan sampah. Dibahagian pengutipan sampah Norsi bercakap dengan penyelianya, En Musran. Katanya kalo ikut jadual memang lori sampah tu dah ada di kawasan perumahan Norsi. Lega weih mendengarnye. Sempat juga la Norsi mengadu pasal jamuan makan anjing tuh.


Lepas telefon DBKK baru Norsi keluar kutip sampah balik. Tengah2 kutip sampah tengah jalan tu lori sampah pun sampai. Yeehaaaa. Bagus betul la. Lepas telefon terus sampai (padahal dorang memang dah ada kat sini kan). Walaupun lori sampah dah datang, tetap juga Norsi kutip sampah2 yang berterabur tu. Rasa tak patut pula nak tinggalkan macam tu je. Bila lori sampah dah pergi, Norsi sambung 'tugas'. Sapu jalan!! Haaaa... kan dah kata pekerja sementara DBKK. Hehe. Tak sanggup tgk sampah2 yg bersisa di jalan tu. Norsi sapu mana yang mampu je la kan. Takde la sampai betul2 bersih kan. Setakat sapu sampah2 kasar yang masih bebas 'berkeliaran' je. 


Itu ajelah kisah anjing, sampah dan makcik DBKK. Macam biasa, gamba takde. Tak sanggup letak gamba sampah berterabur depan umah. Tak lalu makan lak korang kang. Hehe. Bagi yang nak tahu,
talian DBKK yang boleh dihubungi

Aduan Awam : 088 - 210 011
Bahagian Pengutipan Sampah : 088 - 430 548

Wednesday, January 2, 2013

Mood yang tiada

2013 telah tiba.
2012 adalah kenangan.

Mood berblogging kebelakangan ini agak ke laut. Mungkin kerana tiada cerita menarik untuk dicatatkan. Ada beberapa entry masih terperap di dalam draft kerana tidak ada mood hendak mengarang. Mungkin kemudian.