Alhamdulillah selamat berbuka ditemani anak-anak. Menu berbuka hari ini ringkas. Panaskan lauk semalam sahaja.
Untuk anak-anak pula Norsi buatkan bihun goreng. Kasihankan Sakinah yang tidak berhenti meminta. Dari tengahari tadi dia sudah meminta Norsi buatkan bihun goreng. Tapi Norsi katakan esok sahaja. Sebabnya nasi dan lauk masih banyak. Membazir pula jika tidak dimakan. Ye la.. dah maknya puasa.. kalau mereka dua beradik x mkn nasi sapa lagi nak makan.
Tapi bila petang pun Sakinah masih menyebut nak bihun goreng, tak sampai hati pula. Jadinya sambil siapkan juadah berbuka (ala.. panaskan lauk je pun), Norsi pun gorengkan bihun. Puas hati agaknya dapat apa yang diminta, sakan Sakinah dan Ikhwan makan sampai habis bihun goreng tu. Maknye dapat merasa sesuap je. Hehe. Takpe la.. yang penting anak-anak kenyang.
2 comments:
alahai siannya sakinah teringin nak bihun goreng...sib baik norsi masakkan jugak...kalau tak, sure dia asik teringat2...
a'ah.. sian lak dia dok menyebut nk bihun goreng walaupun dah mkn nasi. tu yg masakkan jugak tu.
Post a Comment