Taman Buaya (a.k.a Crocodile Farm) terletak di Kampung Lok Batik,Tuaran (kira-kira 40 km dari Kota Kinabalu) dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Anak kecil berumur 3 tahun ke bawah percuma je. Agak mahal bagi Norsi.. tapi anggap je la kita bayar untuk maintainance buaya tu.
Cerita seterusnya sambil layan gambalah ye.
Di pintu masuk Taman Buaya, Tuaran |
Kawasan parking tak bertar. Jalan berpasir camni je. Bangunan belakang tu la pintu masuk |
Kaunter tiket yg juga pintu masuk. Maaf ye gambo blur. |
Cubaan mencium buaya |
Awek ni berdiri atas buaya ooo |
Budak yang syok tengok buaya |
Lepas tengok pertunjukan buaya, pegi tengok persembahan tarian kebudayaan lak. Kat rumah panjang tu. Sebelah tempat pertunjukan buaya je |
Persembahan tarian kebudayaan, ada tarian sumpit, tarian buluh. Mereka siap ajak penonton naik menari sekali. Norsi suruh en big boss dia taknak pulak. Haha |
Penonton yang asyik menonton |
Pemandangan dari rumah panjang. Yang berbumbung tu tempat pertunjukan buaya. Kat belakang tempat pertunjukan tu la kandang buaya dan binatang2 lain |
Ni gamba lama. Sakinah pun kecik lagi dari Ikhwan masa ni. Nak tunjuk rusa tu sebenarnya |
Ni pun gamba lama. Rumah buluh bersebelahan rumah panjang. |
Antara pemandangan di Taman Buaya Tuaran |
- tidak terlalu besar tapi dijaga dengan baik. Bersih.
- tandas pun bersih tau.
- sesuai kalau bawa budak-budak nak tengok binatang.
- waktu pertunjukan buaya - pukul 11 pg, 1 tghari dan 3 ptg pada hari Ahad dan cuti umum. Hari lain pertunjukan cuma dibuat pukul 11 pg ngan 3 ptg je.
- persembahan tarian kebudayaan - setengah jam selepas pertunjukan buaya.
- selain binatang yang ada di atas, ada juga kolam ikan koi, keli, memerang, ular dan binatang yg diawetkan (gambo takde lak. sorry ye)
- ada juga dijual cenderamata berasaskan dan bermotifkan buaya. beg, keychain, baju, telur malah daging buaya pun ada tau. Tapi mahallah.
- ada restoran. tapiiiiii... macam tak jual apa sangat pun. jadi baik makan dulu kenyang2 tau
1 comment:
Besar buaya tu.. kami tgk buaya dlm zoo je setakatni, belum pernah lagi masuk taman buaya.. :D
Post a Comment