Tuesday, December 24, 2013

Tido oh tido

Sudah hampir jam 11.30 malam tapi masih belum tido lagi. 

Semalam Norsi tidak tido sepanjang malam. Hanya dpt lena selepas Subuh. Sebabnya Norsi jenis pikir yaang bukan-bukan lepas tu takut sendiri lepas tu tak boleh tido (lepas tu bole pulak jeles tgk en big boss bole tdo lena. kehkeh)

Dan  petang tadi akibat terlampau mengantuk Norsi jadi 'cranky'. Kesian anak2 menjadi mangsa. Maknya marah-marah. Jadi tekad, malam ni kul 9 nak tido dah. Norsi perlu rehat. Tapi tadi terbaca berita yang membuat hati risau dan mulalah pikir yang bukan-bukan, langsung tak mengantuk. Sudahnya dah dekat tgh malam ni pun tak tido lagi.

Huwaaa... nak tido. Duhai hati, bertenanglah. I need the rest.

amboiii... syioknye tido lena camni

Friday, December 20, 2013

Tiga beradik

Ah.. blog terabai lagi buat sekian kalinya. Si kecik pun dah berusia dua bulan. Dah makin tembam. Dah pandai ajak orang sembang. Inilah si kecik kami, Isyad namanya.

Sedapnye dia tido
Sakinah dan Ikhwan excited betul dengan adiknya. Sakinah, being a sister take a good care of Irsyad. Usap2 kepala adik, pujuk adik. Ikhwan, on the other hand is a bully. Haha. Not really. Tapi si Ikhwan ni sukalah dok main dengan adiknya macam adik dah besar. Paling dia suka picit2 muka dan kaki tangan adiknya. Geram agaknya dia tengok pipi dan kaki tangan adiknya yag bulat2 tu. Dan Irsyad pula paling suka dengan abangnya. Asal nampak abang mesti dia suka. Jeles kakak. Haha. 

Thursday, November 28, 2013

Perkhabaran

Selasa lepas membawa berita sedih dan gembira dari semenanjung.

Perkhabaran sedih diterima dari kampung. Perkhabaran pemergian Mak Long Ti diterima lewat petang Selasa itu. Jika dikira, Mak Long Ti berpangkat ibu saudara dua tiga pupu tapi memang rapat dengan keluarga kami. Setiap kali pulang ke kampung, rumah Mak Long Ti antara destinasi wajib kami singgah. 

Tidak sampai sebulan lalu kami mendapat tahu Mak Long Ti diserang barah yang sudahpun mencecah peringkat 4. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi Mak Long Ti. Semoga ditempatkan roh arwah dikalangan orang-orang yang beriman.

Malam itu juga Norsi mendapat perkhabaran adik ipar selamat bersalin anak sulung. Bertambah seorang lagi anak buah Norsi. Tapi khabarnya lama juga adik ipar Norsi menanggung sakit nak bersalin. Sakit dari pukul 2 pagi hari Isnin, pkul 11 mlm Selasa baru bersalin. 

Yan kelakarnya bila kakak Norsi bercerita, anak-anaknya (anak kakak) yang terlebih excited. Siap bagi senarai nama kat Mak Langnya untuk menamakan baby. Bahkan siap panggil baby dengan nama yang dipilihnya sendiri. Katanya, 'Pak Lang lambat bagi nama baby. Haikal panggil dia Aimanlah.' Hahaha. 

Baby 'Aiman'


Bercerita pasal bersalin ni teringat pula pengalaman sendiri. Hajatnya nak cerita (sebagai kenangan diri sendiri) tapi 'angin' nak bercerita belum dtg lagi.

And by the way, Norsi dah habis pantang. Yeay!!

Tuesday, November 12, 2013

Update sikit

Alahai.. hampir sebulan tidak mengemaskini blog. Sibuk berpantang. Kalau orang lain waktu berpantang bnyk masa nk online, Norsi pula waktu berpantang lagi takde masa nak online. Dapat online sekejap-sekejap aje.

Cabaran betul berpantang kali ini. Cabaran nak 'handle' si kecik dengan dua orang yang tak berapa kecik tu. Nasib baiklah dua minggu pertama en big boss bercuti semata2 nk jaga Norsi dalam pantang. Lepas tu mak mertua pula dtg utk membantu. 


Masih ada 2 minggu lagi utk berpantang, tak sabar rasanya nak habis pantang. Tak sabar nak makan macam-macam. Hehe. Awal2 dah cakap kat en big boss, habis pantang nak makan banyak2. 


Cepatlah habis pantang. Hehe.

Friday, October 18, 2013

Memperkenalkan buah hati baru..

Alhamdulillah, hari raya Aidiladha lalu menyaksikan kelahiran cahaya mata ketiga kami. Norsi selamat bersalin seorang bayi lelaki pada jam 6.30 pagi.

Baby Aidiladha

Kini rutin baru bermula. Berpantang sendiri sambil dibantu en big boss, kami masih cuba menyusun rutin kami yang masih kelam kelibut. Masakan tidak, setiap pagi perlu ke klinik utk check jaundis si kecik. Semoga jaundis baby cepat turun jadi bolehlah Norsi berpantang secara teratur.

Si kecik beberapa jam selepas dilahirkan
Nanti bila berkesempatan akan Norsi ceritakan kisah kelahiran si kecik ye (kalo rajin.hehe). Tidak sempat sebenarnya nak update blog. Nak online pun tak berkesempatan sangat buat masa ni. 

Oh ye.. nama si kecik masih dalam perbincangan. Nnt bila dah kompom bolehlah bercerita sambil sebut nama. Buat masa ni kita panggil si kecik je la dulu ye (^_^)

Till then.. daaa..

Saturday, October 12, 2013

Resepi : Vanilla Cupcake

Semalam gigih membuat 'vanilla cupcake'. Alasan utama sbb nak pulangkan bekas kawan yg bagi kek keju baru2 ni (kek keju dia marvelous giler). Alasan sampingan sbb baru2 ni en big boss ada bertanya taknak cuba buat cupcake mcm kenny rogers ke?

Jadi Norsi pun google le resepi. Jumpa resepi ni yang simple giler. Memang sngt kena la. Terus cuba. Percubaan pertama dapat buat setengah adunan je. Sbb baking powder habis. Percubaan pertama menjadi. Sedap lembut je cupcakenye. Jadi kerah en big boss gi kedai belikan baking powder. Petang tu juga Norsi buat percubaan ke 2. Kali ni buat satu adunan terus. Kali ni macam terlebih baking powder pula. Apapun cupcake nya tetap gebu dan sedap. Macam biasa Norsi letak resepi untuk rujukan Norsi lain kali.

Resepi : Vanilla Cupcakes
Amek dari Myresepi

Bahan :  
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
4 tbsp baking powder *norsi ayak tepung dan baking powder bersama
2 cawan gula
2 cawan susu segar
2 biji telur
1 tbsp esen vanila
1 tsp garam

Cara : 
Kalau diikutkan resepi yang diberi, katanya Gaul semua bahan sehingga sebati. Masukkan adunan dalam bekas muffin. Bakar selama 20minit/180`C.
*Norsi pula kacau gula dengan telur dulu. Lepas tu masukkan susu, esen vanila, garam, mentega dan akhir sekali tepung. Lepas tu baru masukkan adunan dlm bekas muffin.


Thursday, October 10, 2013

Penantian.Kerisauan.

Kerunsingan melanda hati.
Resah. Gelisah.
Tempiasnya mempengaruhi diri.
Marah. Sensitif.
Lalu tercari-cari ketenangan.
Kekuatan. Kesabaran.

ALLAH, berikanku kesabaran dan kekuatan.

Monday, October 7, 2013

Bila hidung anak berbau busuk

*entry ini panjang. Norsi berkongsi kisah ini untuk rujukan bagi sesiapa yang mungkin menghadapi kisah yang sama seperti kami dan tak tahu sbbnya*

Ini kisah minggu lepas.

Sakinah dah hampir dua minggu selsema sebelah hidung. Walaupun hairan kenapa sebelah hidung je, tapi tidak pula Norsi syak apa2. 

Dah dua minggu selsema, seminggu lepas tu dekat Sakinah mula ada bau busuk. Bau busuk macam ada benda busuk gitu. Mulanya ingatkan Sakinah gosok gigi tak bersih jadi asyiklah Norsi bising kat dia suruh gosok gigi bersih2. Tapi lepas tu bila check tgk bau busuk tu bukan dr mulut dia. Tapi SIKIT pun tak terpikir nak tgk hidung dia yg selsema tu.

Minggu lepas masa bersihkan hidung dia, Norsi terperasan kain buat lap hidung dia tu bau busuk gak. Barulah perasan rupa-rupanya hidung Sakinah yang selsema tu bau busuk sgt tu. Bila bagitau dekat en big boss teruslah dia check hidung Sakinah. Kompom. Hidung Sakinah berbau busuk. Sebelah je pula tu. Hidung yang tak selsema tu elok je takde bau apa2. Apa lagi, habis hidung Sakinah digodek. Dalam pada masa yang sama, en big boss search internet cari sebab yang memungkinkan hidung berbau busuk.

Kami jumpa tiga 3 blog je bercerita kisah hidung berbau busuk ni dan semua simptom2nya sama macam Sakinah. Dan ketiga2 blog ni sama je sebabnya.. SEBAB DALAM HIDUNG ADA BENDA. Sorang tu anaknya masukkan span, yang sorang lagi tu masukkan kertas dan yang lagi satu tu tak ingt pula apa benda. Tapi ketiga2nya sama, ada benda tersekat dlm hidung dan benda tu yg busuk dlm hidung.

Apalagi, en big boss pun menggodek hidung Sakinah nk tgk ada benda tak. Puas suruh Sakinah hembus hidung, tak keluarpun. Bila tanya Sakinah tak ngaku ada masukkan benda dalam hidung. Telek punya telek nampak ada benda putih dlm hidung. Puas cuba dikorek keluar, tak dapat pula. Norsi ingatkan nanah. Mana tau bau busuk tu sbb hidung dia dah bernanah.

Masa ni dah pukul 9 lebih dah pun (malam). Nak pegi klinik swasta, kompom dh tutup. Ada klinik yg buka 24 jam tapi Norsi dah serik nk pegi klinik tu. Klinik yg doktor dia tak buat apa2 masa Norsi bleeding (gugur) dulu tu la. Jadi bincang ngan en big boss nak bawa gi hospital terus tak. Biasalah bahagian kecemasan hospital, kalo tak 2 3 jam menunggu tak sah kan. Itu pun belum tentu dia bole keluarkan benda dlm hidung tu (dalam kepala kami dah set Sakinah kena jumpa pakar ENT dah ni). 

Bincang punya bincang, kami buat keputusan gi gak hospital malam tu. Balik tengah mlm pun takpe la. Janji anak ok. Sampai Hospital Likas dah pukul 10 lebih. Nasib juga tak ramai sangat. Itupun dekat sejam juga menunggu.

Masa jumpa doktor Norsi cakap hidung Sakinah dah selsema dua minggu dan Norsi tgk mcm ada nanah dlm hidung dia. Doktor tu tanya la ada demam batuk ke sebelum tu. Norsi kata la ada (kami kan demam berderet aritu). Dari gaya doktor tu mcm dia nk syak Sakinah kena jangkitan dlm hidung sbb dek demam tu. Jadinya Norsi bgtau la Norsi risau juga kalo2 dalam hidung dia ada benda. Doktor tu tanya Sakinah ada masukkan apa2 dlm hidung ke. Norsi kata la tak tau. Sakinah taknk cakap. Jadi doktor tu kata, 'Kita cuci la hidung dia sbb mummy risau ada benda'.

Jadinya kami disuruh masuk satu bilik ni. Yang tukang cuci bukan doktor tu tapi orang lain. Tak pasti la medical assistant ke apa. sakinah disuruh baring dan MA tu pun mula la cuci hidung dia. Norsi pegang tangan Sakinah sbb takut dia tertepis tngn MA tu. Tak pepasal terodok hidung pula dah. Sakinah dok gelak2 je masa MA tu cuci hidung dia. Geli katanya. 

Skali bila dh cuci dan MA tu mula guna penyepit besi untuk keluarkan benda putih dari dlm hidung dia barulah Sakinah jerit kata sakit. Jadi en big boss lak pegang tangan Sakinah. Mula-mula benda putih tu macam serpih2 je. Skali bila dah dapat dan ditarik keluar, rupa-rupanya TISU! Bukan secebis tapi sekeping tisu yang digulung tu. YA ALLAH, anak bertuah! Entah bila dia masukkan tisu tu dlm hidung.

Bila tisu tu dah keluar, hidung Sakinah dah tak busuk sgt dah. Lepas tu kami jmp blk doktor dan diberi list ubat yang perlu diambil esoknye (dh mlm kan. kaunter ubat dh tutup). Kami sampai rumah dekat pukul 1 rasanya.

Esoknya lepas Norsi cuci hidung Sakinah, memang dah takde bau busuk dah. Selsema dia pun dah takde. Mmg hidung dia tersumbat dan berbau busuk dek sebab tisu tu la. 

Jadi kalo ada diantara kengkawan yang anak tiba2 hidung berbau busuk, antara kemungkinannya ada benda dlm hidung. Kalo bawa pegi jumpa doktor jgn segan2 bagitau yg kita syak ada benda dlm hidung. Kalo tak dia ingat kena jangkitan (terutama kalau anak baru lepas kena batuk selsema) dan tak cuci hidung. Bagi ubat je. Dan ALHAMDULILLAH kami tak payah jumpa pakar ENT ke apa. MA tu memang cekap buat keje dia.

Memang kami berterima kasih sangat2 pada 3 orang blogger ni (nnt Norsi cuba  cari blk entry blog dorang) yg sudi berkongsi kisah dorang jadi bole la Norsi terus bgtau doktor apa yang Norsi syak. Kalo tak ikut je cakap doktor yg hidung Sakinah kena jangkitan dan tak cuci hidung. Bak kata en big boss, terima kasih zaman IT. Semuanya di hujung jari.

Tuesday, October 1, 2013

Blur lagi

Aduhlah... dah pukul 3 lebih. Nak masak apa pun tak tahu ni. Blur habis. Malas pun ye jugak. Tghr tadi dah makan 'kay-ep-ci'. Si bujang bertuah minta. Kami layankan aje permintaan dia sbb tahu dia lapo teman mak gi klinik.

Ni dah petang masih tak tau nak masak apa ni. Aduhlahhhh....fenin.. fenin..

Friday, September 27, 2013

For you my dear friends

I mean every word..


Tuesday, September 24, 2013

Kisah anak2..

Sakinah dan Ikhwan.
Makin besar makin banyak ragamnya.

2 minggu lepas semasa cuti hari Malaysia kami bawa bebudak ni pegi Perdana Park. Lama sgt tak bawa dorang jalan2. Itu pun pergi sebelah malam sebab siangnya kami laki bini sibuk kemas rumah. Sangat tersentuh hati melihat kegembiraan Sakinah dan Ikhwan bila kami sampai. Excited sangat dorang main kat taman permainan di Perdana Park tu. Masa pertunjukan air panjut pula Sakinah siap tepuk2 tangan lagi. Isykkk.. rasa nak nangis pun ada Norsi ni. Punyalah lama tak bawa bebudak ni berjalan2 santai macam ni sampaikan sekadar bawa pegi Perdana Park yg dah berapa kali pergi tu pun dah seronok sangat dah bagi mereka.

Elok habis pertunjukan 'musical fountain' tetiba ada pertunjukan bunga api dari Pantai Tanjung Aru. Memang rezeki kami yang duduk kat Perdana Park dapat tgk pertunjukan tu dengan sejelas-jelasnya. Lagilah seronok Sakinah dan Ikhwan. Sakinah macam biasalah, sampai esoknya dk menyebut pasal pegi jalan2 kat Perdana Park tu.

Hujung minggu baru ni pula sekadar bawa dorang pegi 1Borneo. Tapi kali ni bagi dorang main kat belon yang bole lompat2 tu. Itupun dah cukup excited bagi mereka. Dan semasa kat 1Borneo tu Norsi terlepas cakap. Sakinah dok membelek2 mainan 'set tea party'. Kesian tgk dia dok membelek2 dan mengingatkan dua tiga hari ni Sakinah 'well behave', Norsi katalah nnt Norsi belikan. Sudahnya dah dua tiga hari ni sibuk dok menyebut suruh maknye belikan 'set tea party' tu. huhuhu... Sabo je la.

Sunday, September 22, 2013

Kek lagi

Online sambil ditemani keharuman bau kek yang sedang dibakar. Hehe.
Petang tadi angin nak membuat kek datang jadi cari resepi 'chocolate moist cake' yang guna sukatan cawan. Sebab penimbang dah jahanam dikerjakan dek anak bujang. Pukul 5.30 baru terkial2 nak mula, sudahnya dah masuk maghrib baru kek masuk oven. Dan sekarang masih menunggu kek masak.

Resepi kali ni ambil dari Villakamimicasamawar. Malas nak salin resepi jadi Norsi bagi link je. Nnt bila dah masak Norsi update camne rasanye.

*update : kek dah habis makan baru nak update.hehe. kek ni masa masak ada isu sikit. Norsi bakar pada suhu 180`C selama 50 minit. tapi tak masak kat bahagian tengah. jadi Norsi turunkan suhu ke 150`C dan bakar lagi 20 minit. Alhamdulillah masak elok. 

Keknye elok je lembut. Gebu. Tapi tak moist sgt. Agaknya sbb Norsi tak letak pun choc ganache. Malas nk buat. Tapi tetap lembut dan sedap.

Macam biasa Norsi derhaka sikit pada resepi. Ikut resepi kena letak minyak jagung tapi disebabkan Norsi takde minyak jagung Norsi pakai minyak masak biasa je. Telur pun Norsi kurangkan kepada 2 biji je. Air panas Norsi tambahkan dengan sedikit nescafe. Nak bagi ada rasa pahit2 sikit kononnya.

Apapun kek ni memang sedap. 

Thursday, September 12, 2013

Sekadar bebelan

Dah pukul 2 dah ni. Masih terkial-kial memikirkan nak masak apa. 

Pagi tadi buat percubaan tak bagi Ikhwan pakai pampers. Umur dah dekat 4 thn, tapi dok pakai pampers lagi. Menjelang tengahari je dah fail. Haha. Ikhwan ni dah shuu dlm seluar baru nk bagitau. Tu takpe lagi. Oqoq pun taknak dlm bilik air. Bila suruh masuk bilik air, dan dan la taknak oqoq dah. sudahnya bagi pakai pampers je la balik. Elok je dia sambung membuang. Aduhlah anak.

Mood Norsi pun tak berapa baik kebelakangan ni. Banyak sangat benda yang dirisaukan, difikirkan. Terasa lah yang Norsi ni sebatang kera je kat perantauan ni. Sobs. Ops. Ok lah. Baik berenti. Kang meroyan pula Norsi kat sini. Terluah pulak benda yang tidak patut diluah. Hehe.

Thursday, September 5, 2013

Fever strikes

Kali ni penangan demam melanda satu family. Uniknye demam ni kena sorang-sorang.

Bermula dengan Ikhwan yang mula demam hari Jumaat lepas, En big boss pula mula kena tempias demam ari Sabtu. Paling teruk Ahad malam Isnin dan bila en big boss gi hospital hari Isnin (nk minta MC sbb dah tak larat sangat) kena masuk emergency sekejap sbb kena masuk air 2 botol. Panas tinggi sangat kata doktor. Terus dpt MC 2 hari.

Ikhwan masa ni demam dah kurang tapi masih ada sikit2. Batuk masih teruk. Norsi sebenarnye dah mula rasa penat dari hari Ahad tapi bertahan. Haruslah. Dah dua2 hero tewas dek demam, kena la heroin dua orang bertahan (sapa lagi kalau bukan Norsi ngn Sakinah).

Hari Selasa, temujanji klinik. Masa ni Norsi memang dah tak larat tapi masih bertahan. Petang tu agaknya badan dah tak larat sangat, si kecik bikin gempak. 'Amaran' selang 5 minit lebih dari sejam. Kelam kabut jadinya. Gi hospital menunggu doktor check punyalah lama. Sudahnya dah lepas tengah malam baru dapat keputusan. Semuanya ok tapi kena masuk hospital gak sebab demam. Sudahnya bermalam di hospital kena masuk air 2 botol gak.

Hari Rabu keluar hospital. Itupun minta. Kalau ikut doktor pakar tu suruh dok wad sekurang-kurangnya sehari lagi. Tak daya nak dok hospital lama2. jadi minta keluar. Masa ni Sakinah dah mula panas badan. Dan hari ni secara rasminya Sakinah dijangkiti demam juga. Kesian juga tengok Sakinah merah2 muka dengan mata layu sebab demam. 

Jadi hari ini sebenarnya semua masih demam. En big boss pun walaupun dapat MC dua hari tapi ari Isnin je dia dapat rehat. Hari Selasa dan Rabu tu dia tak rehat sepenuhnya (sebab Norsi dah tumbang.hehe) 

Semoga kami sekeluarga cepat sembuh. 

Friday, August 30, 2013

Sibujang kecik demam lagi

Ikhwan demam lagi. Seminggu lepas raya aritu demam. Ni demam lagi. Tak pasti kenapa. Berpanas agaknya semalam.

Pagi tadi jam 9 lebih panasnya mencecah 41`C. Kejap tadi (kul 12 lebih) dah turun sikit 38.8`C. Tapi masih tinggi lagi tu. Marah Ikhwan bila kakaknya kata dia demam. Sebabnya kalo dia demam, dia kena makan ubat. Disebabkan Ikhwan penakut ubat, jadi dia rela mengaku tak demam dari kena makan ubat.

Dan disebabkan budak bertuah sorang ni taknak langsung makan ubat, maknye la sepanjang hari ni dok lap badan dia dengan kain basah sbb nak kurangkan panas. Dok pujuk dia minum air oren (sbb nak curi2 letak ubat perasa oren) tapi taknak pula dia. Air masak pun tak berapa nak. Sib baik juga la dia nak menyusu. Kurang2 pun minum juga. 

Cepat sembuh ye anak mak.

Tuesday, August 27, 2013

Hujan

Hujan. Alhamdulillah. Biarpun tidak selebat mana. Kerana semenjak kami balik minggu lepas, cuaca di KK kering dan panas. Hinggakan bila menjelang tengahari sahaja pokok2 di dalam pasu dah menjadi kering dan layu.

Kebetulan pula kawasan bukit di belakang rumah kami ni dah ditarah dan sedang dimajukan untuk projek perumahan. Jadi bila cuaca kering, debu dan habuk tak usah ceritalah. Dah rupa macam jerebu. Sidai baju pun rasa macam berhabuk je baju bila dah kering.

Lega bila hujan.

Saturday, August 24, 2013

Siapa sangka?

Lama tak update blog. Sebabnya kami balik bercuti raya di Semenanjung. Yeehaaa... Kat semenanjung kami takde internet jadi sepi-sesepinya dari dunia online. Rancangan asal cutinya seminggu je, tapi disebabkan suatu hal Norsi lepak di semenanjung sampai 11 ari. Apa kehalnya tu sampai terlajak cuti? Inilah halnye..



Haaaa.. tau tak apa ni? Gamba tak jelas yer.. Ni ada lagi sekeping.


Gamba dicilok dari fb en big boss.
Haaa... Norsi pegi konsert Metallica Live in Malaysia!

Haaa... jgn tak percaya. Apsal tak percaya? Tanyalah member2 yang kenal Norsi. Norsi nak pegi konsert rock? Idokle. Apatah lagi konsert Metallica. Jangankan dorang, Norsi pun tak sangka. Hehehe. Seumur hidup tak pernah pergi konsert. Kali ni boleh pulak pergi konsert rock. Metallica lagi. Siapa sangka?

Inilah dianya bila berkahwin dengan peminat tegar rock.

Ini kali pertama Metallica buat konsert kat Malaysia. En big boss penah cakap, kalau Metallica buat konsert kat Malaysia, dia nak bawa Norsi pegi. Haaa.. skali betul2 Metallica jejak Malaysia. Memang en big boss punya mimpi jadi nyatalah.

Konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka mula pukul 9 malam, jadinya lepas Maghrib baru kami bertolak dari rumah. Sib baik adik sudi tolong hantarkan sampai stesen monorel Titiwangsa. Kami naik monorel sampai Maharajalela. Ramai juga peminat Metallica dalam monorel tu. Kami sampai tepat2 konsert bermula. Nasib baik tak sesak sangat. Sebab peminat2 hardcore lain dah masuk awal2. En big boss ajak pergi sampai hujung dekat dengan pentas. Kami dok dekat teres belah kanan pentas. Memang nampak jelaslah James and the geng (walaupun dari tepi). Norsi yang rabun ni pun nampak, yang tak rabun lagilah kan (merujuk pada en big boss).

Sepanjang konsert Norsi duduk je. En big boss.. errr.. sakanlah dia. Takpe... bagi peluang.. (^_^) Norsi banyak tengok gelagat penonton. Orang kata selalunya konsert rock ni penonton dia ganas2 tapi kagum Norsi tengok penonton konsert Metallica ni. Ok je. Sporting angkat tangan ramai2 ikut lagu. Headbanging tu off course la kan. Tapi setakat tu je la. Takde la nak terpekik terlolong histeria bagai.

Yang paling kagum adalah pada diri sendiri  (ok Norsi gelak besar disini). Sangat2 tak sangka Norsi boleh dengar lagu2 rock selama lebih 2 jam straight. Boleh tau a few song lak tu. Again, people that know me know that I'm not into rock at all. En big boss kata Metallica banyak nyanyi lagu evergreen malam tu. Pasal tu Norsi boleh layan.

Oh ye.. kami pergi konsert tu berdua je. Our first dating sejak Sakinah lahir. Dan buat pertama kalinya Sakinah dan Ikhwan kena tinggal. Risau juga.. tapi Norsi dah minta tolong kakak Norsi tgk2kan bebudak ni. Kakak Norsi pun pandai.. dia bawa bebudak ni pergi main playground dekat Giant. Ikhwan yang memula merengek nak ikut Norsi pun bila dengar Acik Ina nak bawa pegi main slide dengan selamba terus masuk kereta lambai mak abahnya sambil sengih2. Anak bertuah. Sakinah mmg tak kisah. Maknye aje riso lebih2. Sepanjang konsert dok pegang dan belek tipon sbb takut tak dgr tipon berbunyi. Kalau2 kakak Norsi call bebudak ni meragam. Rupa-rupanya sakan dorang main tak ingat mak abah. Cuma bila dah balik Ikhwan taknak tido sebab tunggu maknya balik.


Tengok.. sengih lebar lagi dapat main
Perasaan tengok konsert? Excited juga. Hehe. Nak nak tak sesak sangat. Lain kali leh la en big boss bawa gi tgk konsert lagi. Hehe.

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri kami

Aidilfitri kali ini masih lagi kami sambut di KK. Tapi berbanding tahun lalu, kali ini kami berpeluang bercuti buat beberapa hari di Semenanjung selepas ini.

Seperti selalunya, Aidlfitri kami sambut sederhana. Tapi sungguh kami gembira biarpun sekadar menyambutnya dengan keluarga kecil kami. Hinggakan Sakinah bangun-bangun tidur pagi tadi terus menyebut, 'Kakak seronok hari raya.'

Sehari sebelum raya Norsi sibuk di dapur. Memasak juadah raya. Ruang tamu memang Norsi serahkan sepenuhnya pada en big boss. Dialah yang mengemas dan menghias ruang tamu kami. Disebabkan tak perlu kisahkan bab mengemas, awal juga Norsi dpt siapkan juadah raya malam tu. 

Pagi Aidilfitri Norsi bangun awal. Siap-siap panaskan dan tapau sedikit juadah raya untuk dibawa ke jamuan port luck di tempat kerja en big boss. Kemudian kejutkan Sakinah dan Ikhwan bersiap untuk solat raya. Seronok budak dua beradik tu bila kata nak pegi solat raya. Pukul 7.15 pg kami dah sampai di masjid. Hairan juga melihat masjid lengang. Rupa-rupanya en big boss salah maklumat. Dia diberitahu masjid tu solat raya pukul 7.30, rupa-rupanya jam 8.00 pagi baru nak solat raya. 

Usai solat raya, kami ke jamuan kecil-kecilan department en big boss. Walaupun kecil-kecilan dan tidak ramai yang menyertai kerana ramai yang pulang bercuti, tapi tetap meriah. Ikhwan dan Sakinahlah paling seronok sebab dapat berjumpa kawan2. Maknya seronok sebab dapat makan macam2 sampai sendat perut. Hehe. Manakan tidak, ada sate, masak lodeh, bihun sup dan sudah semestinya nasi himpit. 

Balik dari tempat kerja en big boss baru kami berkesempatan beraya sesama kami. Tengahari kami tidak kemana-mana. Sakinah dan Ikhwan tertido kepenatan. Petang tu baru kami keluar beraya di rumah sahabat en big boss. Dan malamnya menerima kunjungan sahabat en big boss yang datang beraya di rumah kami.

Biarpun tidak semeriah yang lain, tapi Aidilfitri ini tetap seronok bagi Norsi. Tidak kurang apapun. InsyaALLAH nnt kami akan beraya bersama keluarga di semenanjung pula.

Kanak-kanak riang ria di pagi raya
Bagaimana pula Aidilfitri kawan2?

Wednesday, August 7, 2013

Buat sahabat dan taulan

Aidilfitri yang kian menjelang. Di sebalik kesibukan membuat persiapan, masih ingin mencuri masa memuhasabah melihat kekurangan diri.

Terkadang bila mengimbau kenangan zaman persekolahan, ada juga rasa kesal yang terbit. Lantaran teringat kekhilafan diri. Terlampau banyak sebenarnya jika dihitung. Ada yang benar2 dikesalkan hingga kini. 

Sahabat juga taulan,
Norsi tahu ada masa-masanya Norsi ni keras kepala (well, most of the time actually), mementingkan diri, tidak prihatin dan blur.
Ada juga masa-masanya Norsi bergurau tidak kena tempatnya.
Ada juga detik Norsi berkata-kata tanpa memikirkan perasaan sahabat dan taulan.
Juga ada masa Norsi menjengkelkan kalian tanpa disedari.
Juga ada masa-masanya Norsi adalah seorang manusia yang poyo, perasan bagus dan koya.

Untuk itu sahabat dan taulan,
Norsi meminta maaf seikhlasnya dari hati. Norsi minta maaf kerana menyinggung perasaan kalian. Norsi minta maaf kerana melukakan. Norsi minta maaf kerana menjengkelkan. Norsi minta maaf atas semua salah silap Norsi.

Selamat meraikan Aidilfitri sahabat-sahabat dan taulan.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA.

Saturday, August 3, 2013

Seminggu menjelang raya

Aidilfitri bakal tiba, tidak sampai seminggu lagi. Ramai yang mengambil kesempatan membuat kuih raya hari ni. Norsi pun cadangnya nak buat juga kuih raya hari ni, tapi tak jadi. Tak larat. Pagi tadi tak terjaga langsung untuk bersahur. Jadinya hari ini memang tak buat apa sangat. Low level of energy. Heh.

Rasanya ramai juga yang keluar shopping raya kan weekends ni? Yang dah mula balik kampung pun mesti ramai juga kan?

Kat sini setakat ni tak nampak lagi jiran2 yang dah blk beraya. Mungkin masih berkerja minggu depan. Tapi yang musykilnya hujung minggu macamni ramai pula yang meronda dekat kawasan perumahan kami ni. Norsi keluar sidai baju sekejap je pun dah nampak 3 4 biji kereta yang dipandu perlahan sambil orang dalam kereta tu dok tengok rumah2 yang ada.

Tertanya2 juga.. dorang ni saja jalan2 cuci mata tgk rumah orang ke apa? Bukannya apa.. takut juga kalo2 ada yang survey rumah mana yang masih berorang dan rumah mana yang dah balik kg. Norsi ni memang fobia bila tgk org bw kete perlahan2 sambil tgk2 rumah ni. Maklumle ada pengalaman rumah dimasuki pencuri. Sampai satu tahap rasa mcm nk tahan je kereta-kereta ni tanya.. napa ye bw slow2 tgk2 rumah org? Hehe. Bukanlah Norsi marah.. tapi takut wooo.

Thursday, August 1, 2013

Sekadar luahan

Sekali ini,
Terasa benar lambatnya,
Terasa benar lamanya,
Terasa benar detik itu berlalu satu persatu.

Puas kucuba mencari titik kekuatan,
Cuba memujuk diri,
Memberitahu hati yang sebenarnya aku mampu.

Iya.. aku mampu.

Tuesday, July 30, 2013

Menu 'berbuka' Sakinah dan Ikhwan

Alhamdulillah selamat berbuka ditemani anak-anak. Menu berbuka hari ini ringkas. Panaskan lauk semalam sahaja.

Untuk anak-anak pula Norsi buatkan bihun goreng. Kasihankan Sakinah yang tidak berhenti meminta. Dari tengahari tadi dia sudah meminta Norsi buatkan bihun goreng. Tapi Norsi katakan esok sahaja. Sebabnya nasi dan lauk masih banyak. Membazir pula jika tidak dimakan. Ye la.. dah maknya puasa.. kalau mereka dua beradik x mkn nasi sapa lagi nak makan.

Tapi bila petang pun Sakinah masih menyebut nak bihun goreng, tak sampai hati pula. Jadinya sambil siapkan juadah berbuka (ala.. panaskan lauk je pun), Norsi pun gorengkan bihun. Puas hati agaknya dapat apa yang diminta, sakan Sakinah dan Ikhwan makan sampai habis bihun goreng tu. Maknye dapat merasa sesuap je. Hehe. Takpe la.. yang penting anak-anak kenyang.

Wonderful weekend

Hujung minggu yang lepas sebenarnya adalah hujung minggu yang Norsi nanti2kan. Kerana en big boss berada di rumah setelah berminggu2 sibuk dengan kerja. Jadinya hujung minggu baru ni menu berbuka ikut selera tekak en big boss.

Hari Jumaat misi mencari baju raya Norsi. En big boss beria nak belikan. Katanya dia dan anak2 dah dapat sepasang sorang, Norsi pun kenalah beli. Tapi puas memusing 1Borneo, tak jumpa baju yang berkenan. Warna tak kenalah, harga x berpadalah. Sudahnya misi bakal diteruskan keesokkan harinya. Hari Jumaat kami berbuka di luar je.

Sahur pagi Sabtu menu kami nasi lemak. Atas permintaan en big boss. Nasi lemaknya seperti biasa air tangan en big boss. Norsi sekadar buat sambalnya sahaja. Nasi dan sambalnya kami masak sebelum tidur. Takut terlewat pula kalau nak dimasak pagi sahur tu. 

Hari Sabtu misi mencari baju raya diteruskan. Kali ni kami menghala ke KK. Sebenarnya kami ada urusan di KK jadi alang2 dah sampai bandar carilah baju sekali. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami mencari baju Norsi. Jumpa baju yang berkenan, harga pun bagi Norsi berpadananlah dengan bajunya. Dapatlah Norsi sepasang baju raya.

Berbuka pula atas permintaan en big boss menu kami nasi tomato. Balik dari KK kami bertungkus lumus memasak untuk berbuka. En big boss dengan rela hatinya menawarkan diri untuk memasak ayam masak merah. Norsi pula buat nasi tomato dan pajeri nenas. Acar timun dan nenas Norsi dah buat siap2 sebelum keluar. Sabtu.. happy day.

Ahad kami tidak ke mana-mana. En big boss sibuk nak mengemas rumah. Ahad Norsi masak kari kambing untuk berbuka. Juga mengikut selera en big boss. Ye la.. sepanjang minggu Norsi masak ikut tekak Norsi, hujung minggu ikut selera en big boss la pulak. 

Itu cerita hujung minggu kami. Biasa sahaja tapi bagi Norsi.. hujung minggu kami terisi dengan masa berkualiti bersama keluarga. Bila jadual kerja suami tidak mengira hujung minggu atau cuti umum (seperti en big boss).. hujung minggu yang dapat dihabiskan bersama seperti ini amat bermakna. Berehat, jalan-jalan, masak bersama.. every moment count.

Monday, July 29, 2013

Resepi : Puding karamel tanpa telur

Tadi tengah melayan fb ada member share resepi puding karamel tanpa telur. Macam menarik ye. Jadinya rasa tertarik nak cuba. Tengok bahan2 sume ada. Susu cair pun ada lebih buat nasi tomato Sabtu lepas. Jadi, terus masuk dapur sediakan bahan. Takleh tangguh2. Kang angin malas Norsi datang apapun tak buat. Hehe.

Puding ni dah selamat Norsi buat. Tapi takleh rasa lagi. Posa weih. Nnt dah berbuka dan rasa Norsi citer ye. Apapun ni la resepinya Norsi amek dari fb member yang share dari fb Mamasyipah. Gambo tu pun Mamasyipah punya gak ye. Norsi buat betul2 ikut resepi.

Kemaskini selepas berbuka : Puding ni memang yummeh. Sedap. Rasanya manis2 susu gitu. Mmg kena dgn tekak Norsi. Nak pulak makan sejuk2.. perghhh....

Resepi : Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi Asal : fb Mamasyipah Saiedin (ala... tak pandai pula nak linkkan kat fb tu)

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
1 suk esen vanilla


Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Wednesday, July 24, 2013

Terkesan dek cerpen lagi

Kebelakangan ni Norsi terjebak membaca cerpen online. Biasalah, ada yang ok dan ada yang biasa2 saja. Tidak kurang juga yang meninggalkan kesan. Baru tadi Norsi membaca cerpen bertajuk 'Gula-gula kapas' hasil karya Mia Kaftiya. Norsi suka cara penyampaian ayatnya yang bersahaja. Apa yang membuat Norsi tertarik nak sebut pasal cerpen tu kat sini? Sebab ayatnya yang ini,

"Tapi kau pernah tak terfikir, sebelum kau nak cari seorang suami yang soleh, kau dulu yang kena jadi solehah. Sebelum kau nak cari imam yang akan imamkan solat kau, kau dulu yang patut bentangkan sejadah untuk dimakmumkan?"

Bunyi macam kasar kan? Tapi entah kenapa Norsi rasa ayat ni macam satu refleksi untuk diri Norsi. Ialah.. mentaliti Norsi ni tipikal. Dulu sebelum kawin, nak suami yang boleh membimbing. Dah kawin ni pun masih mengharapkan suami membimbing. Tidaklah kata itu salah.. betullah tu. Memang la suami kena membimbing isteri. Tapi Norsi sebagai isteri juga mestilah bersedia untuk dibimbing kan? Harus buka hati dan minda untuk terima teguran dan ajaran suami. 

Eh.. lain pulak rasanya entry Norsi kali ini. Sekali sekala menulis ikut hati. Heh.

Dah boleh citer pasal raya dah

Penat (lagi).
Hajat nak mop lantai tidak terlaksana. X daya dah rasanya. Masakan tidak, baru nak menyapu bebudak ni dah banyak permintaan. Nak susu lah. Nak fries la. Sudahnya batalkan aje niat nak mengemop. Penat berulang alik ke dapur ke depan.

Telahpun tiba ke pertengahan Ramadhan. Semoga baki Ramadhan yang tinggal dapat kita isikan dengan pengisian yang bermanafaat (peringatan untuk diri sendiri). 

Lagu raya pun dah mula berkumandang. Para ibu dan isteri dah mula sibuk2 dengan persiapan raya. Tahun ni kami beraya di perantauan lagi. Balik pun insyaALLAH lepas raya. Persiapan pun biasa2 aje. Tapi tahun ni en big boss dan bebudak ni dapat baju raya sepasang sorang. Sbb tahun lepas x beli baju raya langsung. Yang paling excited rasanya Sakinah kot. Boleh dikatakan hari2 sebut nak solat raya. Terpengaruh dengan Upin Ipin gamaknya. Persiapan lain takde sangat. Kuih muih raya.. masih dalam pertimbangan.

Macamana pula persiapan raya kengkawan? Raya mana tahun ni?

Monday, July 22, 2013

Ponat makcik arini

Hari yang meletihkan. Masakan tidak, separuh hari dihabiskan menunggu giliran di klinik. Jam 7.30 sudah sampai di klinik. Jam 12 tghari baru semuanya selesai. 

Hari ini memang ada temujanji doktor dan temujanji klinik yg rutin. Kerana ada dua temujanji sekaligus, jadinya awal2 lagi dah sampai klinik. Kononnya nak dpt giliran awal. Macam biasa wat ujian darah dulu. Sekejap je. Dalam pukul 8.15 pagi dah siap. Pergi ambil nombor giliran untuk temujanji doktor dan klinik pula. Dekat 15 minit juga nak dapat nombor giliran. Lepas tu.. apa lagi.. menunggulah kita.

Sehingga jam melebihi 10.30 pagi masih belum dipanggil. Baik temujanji klinik mahupun doktor. Norsi dah letih menunggu. Sudahlah hari ni kami bertiga je. En big boss tak bole teman sebb keje. Sekalinya... Ikhwan muntah pulak. Sakinah pula tgk adik dia muntah dia pun ikut muntah. Habis kerusi kat klinik tu. Nasib baiklah Norsi memang jenis bawa baju spare bebudak ni. Mesej en big boss mengadu. Kesian en big bossku. Tengah busy keje pun berusaha menelefon tanya bini dia yang dah stress ni ok tak.

Pukul 11 lebih barulah tiba giliran klinik. Itupun misi tu check cepat2. Sbb Norsi kena pegi kaunseling talasemia dan jumpa doktor lak. Kalu diikutkan Sakinah dan Ikhwan kena amek darah ari ni tapi Norsi dah tak daya nak menunggu. Lagipun kang kalo dua2 meragam lepas kena cucuk sapa nak tolong handle? Bole pengsan oooo Norsi sorang2. Jadinya lagi dua minggu baru bawa bebudak ni check darah.

Lepas kaunseling baru lah dapat jumpa doktor. Pukul 12 lebih baru selesai semuanya.

Balik rumah, memang tersadai terus. Bukan Norsi aje. Bebudak ni pun. Lotihhhh.....

Sunday, July 21, 2013

Resepi : Kek Pisang Serba Mudah

Hari ni giliran kek pisang untuk dicuba. Pisang montel yg dah beberapa hari dibeli dah mula rosak jadi sebelum membazir kena buang haruslah diselamatkan. Semalam dah buat cekodok pisang sikit (atas permintaan anak dara kecik) yang selebihnya Norsi cadang nak cuba buat kek pisang pula.

Norsi ni macam biasa la. Mesti cari resepi yang mudah dan tak banyak bahan. Terjumpa resepi ini di Myresepi untuk buat kek pisang yang sangat mudah. Tak pakai mentega/butter pun. Teruslah Norsi cuba. Tapi telur pula tak cukup. Terpaksalah pandai2 ubah resepi sikit (derhaka resepi aje kerja Norsi ni kan.hehe). 

Meh tengok resepinye meh (dan tengok kederhakaan Norsi terhadap resepi. hehehe)

Resepi : Kek Pisang 
Tuan Punya Resepi : Butterflyoncake

Bahan-bahan :
2 cawan gula (Norsi takut manis jadi guna 1 cawan gula je sbb pisangnya dah manis)
2 cawan tepung gandum (Norsi ayak bersama baking powder)
1/2 peket baking powder (tak pasti setengah peket tu bnyk mana jadi Norsi letak dlm sesudu baking powder)
1/2 cawan minyak (argghhhhhh... masa taip resepi ni baru perasan. Norsi lupa letak!! Patutle kek ku keras sikit)
1 sudu kecil sen vanila
3 biji telur (Norsi pakai sebiji je sbb tu je yg tinggal.sob sob)
4 biji pisang (dilenyek-lenyekkan ye)

Cara :
Kacau telur dan gula sehingga kembang. (Norsi blender je. Senang keje)
Tambahkan tepung, baking powder, esen vanila dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan pula pisang yang telah dilenyekkan tadi ke dalam adunan. Kacau lagi bagi sebati.
Masukkan aduan tadi ke dalam acuan yang telah digriskan dengan mentega.
Dah bole bakar dah. (Norsi bakar pada suhu 180'C selama 20 minit lebih kurang)

Hasilnya.. 


Padat kan kek Norsi
rasa kek pisang memang dah ada. Tapi keras sikit (sendiri salah sbb derhaka resepi). Rasanya lain kali Norsi kena lebihkan sikit baking powder dan jangan lupa minyak!! Huhuhu. Apapun Sakinah dan Ikhwan suka. Habis separuh dorang makan dua beradik. (^_^)

Friday, July 12, 2013

Dia yang berdoa untuk cintaku

Terkesan dari cerpen yang dibaca. Kisahnya biasa tapi sebaris ayat di dalam cerpen itu meninggalkan kesan di hati.

'Dia yang berdoa di Jabbal Rahmah untuk cintaku.' 

Sungguh. Ayat ringkas itu menusuk di hati. Kerana betapa ku memahami makna ayat sebaris itu.

Dan buat dia yang berdoa untuk cintaku, ku berdoa juga agar cinta kita hingga ke syurga.

Wednesday, July 10, 2013

Cara-cara nak cover bila buat salah (dari akal kanak2 4 tahun)

Hari ni Sakinah buat nakal.
Diambil mainan dan dijoloknya masuk dalam speaker abahnya. Udah la mainan tu muat2 aje. Sudahnya tak boleh dikeluarkan balik.
Jadi saja Norsi gertak, abah balik nnt abah rotan kakak.
Takut punya pasal, Sakinah letak kertas dan bantal depan speaker. Konon abah tak nampak la sebab dia dah cover. Siap marah Ikhwan bila Ikhwan alih. Nnt abah nampak katanya. Rasa nak gelak guling2. Rugi takde kamera nk amek gambo.

Adoih la anak-anak. Bijak.. bijak..

Monday, July 8, 2013

Biskut Suji tak jadi

Hari ni kena paksa buat biskut dek putera puteri dua beradik ni. Bangun tido pagi2 dah tny.. nak buat kuih x? Lepas tu kejap2 masuk dapur tanya lagi. Akhirnya Norsi beralah. Buat biskut paling senang.

Biskut suji. Kebetulan ada minyak sapi berlebihan masa buat nasi tomato aritu. Nak buat biskut suji ni senang je. Tapi Norsi selalu lupa sukatannya. Kali ni letak kat sini supaya senang Norsi nak refer nnt.

Norsi guna minyak sapi 200 grm (tapi rasanya tinggal dlm 100-150 grm je sbb dh guna buat nasi tomato) yang dibiarkan pada suhu bilik. Campurkan dengan setengah cawan gula dan kacau sebati. Lepas tu masukkan 3 cawan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. Bulat2kan dan bakar. Camtu je. Tapi punyalah tawar biskut suji Norsi ni. Lain kali bila nk buat kena letak dlm secawan gula. 

Apapun punya la seronok Sakinah dan Ikhwan buat biskut suji ni. Seronok dorang menggentel adunan bulat2 dan letak gula hiasan. Lepas dh bakar sakan juga dorang makan walaupun tawar. Hehe. 

Sunday, June 30, 2013

Ikhwan buat mak menangis

Ikhwan ni memang tau. Sebab Ikhwan mak nangis semalam. Bikin suspen hilang kat mall semalam.

Semalam kami ke 1Borneo. En big boss bawa gi tgk Monsters University. Tayangan pukul 4 lebih jadi cadangnya makan dulu sebelum tgk wayang.

Sambil en big boss beratur membeli makanan Norsi dan kanak2 riang dua beradik tunggu di meja. Ikhwan pulak tak duduk diam. Berlari sana sini lepas tu pergi ke tempat mainan di depan Toys R Us. Agak jauh juga dari tempat makan kami. Norsi berdiri di tengah2 sbb nak tgk dua2 Sakinah dan Ikhwan. Nak jerit panggil Ikhwan dia dah jauh. Nak jerit soh en big boss tgk2kan Sakinah pun jauh juga. Takkanlah nak terpekik di tgh2 mall kan.

Dalam dok tertoleh2 sekejap tgk Ikhwan dan sekejap tgk Sakinah, nampak Ikhwan dok depan pintu Toys R Us. Nampak en big boss dah 'on d way' ke meja terus Norsi pergi kejar Ikhwan. Sekalinya takde pulak dia dekat deretan mainan kat luar Toys R Us tu. Dah masuk Toys R Us la tu. Norsi pun masuk Toys R Us sambil tgk setiap rak. Sampai hujung.. tak nampak Ikhwan pun. Dekat rak kesukaan dia pun takde. 

Hati dah berdebar2. Dah pikir bukan2. Tadi nampak sorang mamat tu berdiri dekat Ikhwan masa Ikhwan ralit tengok mainan kat luar Toys R Us. Panik dah datang. Patah balik sambil tgk blk di antara rak2 tu. Takde juga. Air mata dah ngalir dah. Dada dah rasa sesak. Muka kompom cuak giler. Dok pikir, agaknya dia dah pegi kat meja kot. Takde juga. Sudahnya nangis2 bagitau en big boss Ikhwan dah hilang.

En big boss lak gi cari. Norsi ni sambil nangis2 ajak Sakinah cari Ikhwan. Tinggal je makanan atas meja. Masa ni org ramai dh tgk2. Mau tak. Entah makcik mana nangis2 tarik anak. Sampai Toys R Us tgk2 en big boss dah pegang Ikhwan dah. Selamba je Ikhwan cakap 'sorry. tak apa..' Terus Norsi nangis sambil pegang en big boss. Lega giler.

Hai la anak bertuah. Bagi mak ko panik je.

p/s : Sebenarnya banyak yg jadi semalam. Tapi tak citer kat sini la. Kebelakangan ni mmg Norsi emosional gile. Asyik nak nangis, merajuk dan bad mood je. Hormon kot.

Kereta Kancil untuk dijual

*sticky post for a while. scroll down for new entry*

My sis would like to sell her Kancil. 

Sesiapa yang berminat, atau nak tahu maklumat lanjut bolehlah hubungi Krun/Wak di talian 017 - 269 1472.
Nak wassap/kakaotalk/wechat/pm pun bole.


Saturday, June 22, 2013

Jerebu dan puasa

Musim jerebu kembali lagi. Sana sini sibuk dengan kualiti udara yang tidak sihat. Dan nampaknya KK juga tidak terkecuali. 

Jerebu dah mula kelihatan. Puncak Gunung Kinabalu yang dulunya jelas kelihatan (pada hari cuaca yang baik) dari depan pintu rumah je kini langsung tak nampak. Bukan sahaja Gunung Kinabalu, bahkan yang kelihatan di langit cuma asap putih.

Namun terik mentari masih terasa. Perit kulit tatkala menyidai pakaian biarpun tanpa sinaran terus sang mentari.

Hari ini hari terakhir Norsi ganti puasa. Terasa sedikit mencabar. Kerana tidak terbangun sahur pagi tadi. Telefon habis bateri. Terjaga pun dalam 5 - 10 minit sebelum subuh. Itupun kerana Ikhwan yg mengejutkan. Minta dibuatkan susu. En big boss sarankan Norsi ganti di hari yang lain. Kerana keadaan Norsi tidak menggalakkan Norsi berpuasa tanpa bersahur. Tapi terasa sayang pula. Tinggal sehari je. Jadi gagahkan diri juga. Semoga dipermudahkan puasa Norsi hari ini (^_^)


Wednesday, June 19, 2013

Permata hati

Hai.. entry Norsi kebelakangan ni banyak pasal makanan ye. Lama tak cerita pasal kenakalan dua beradik tu. Dah makin besar makin banyak kerenahnya. Namun Ikhwan tetap dengan 'cheeky' dia tu dan Sakinah pula dah makin banyak cakap. Setiap benda yang ditengok mesti nak cerita. 

Terkadang bila melihat Sakinah terasa kasihan pula. Sedari usia setahun lagi sudah perlu memikul tanggungjawap sebagai kakak. Jadi dia lebih bersikap berhati-hati. Semua benda kena buat baik-baik. Sebab 'kakak dah besar'. Berbanding Ikhwan yang lebih bebas menjadi kanak-kanak riang. 

Setiap kali melihat anak-anak, sungguh Norsi merasa perlu menjadi emak yang lebih baik.

p/s : masih lagi entry tanpa gamba. maklumlah telefon norsi xde sdcard jd susah nk transfer gamba. Gamba lama2 pula sume dah ilang bersama2 laptop. Sob sob. Jadilah entry bicara tanpa gamba.

Tuesday, June 18, 2013

Kisah donut (kali ni ber resepi)

Dah beberapa hari teringin makan donut. Sakinah pun sama. Tapi entah kenapa kebelakangan ni susah pula nak jumpa donut. Orang jual kuih pun xde donut.

Jadinya tadi mencari resepi donut. Norsi memang dah ada resepi donut tapi kali ni nak cari resepi untuk kuantiti yang sikit. Kebanyakan resepi guna tepung sampai 1kg. Norsi nak buat sikit je. Nak separuhkan adunan tak pandai pula. Nak-nak pula timbang dah rosak dikerjakan dek Ikhwan.

Kebetulan, terjumpa resepi donut di Qalam Qudus. Memang sedang elok la. Sukatan pakai sudu dan cawan je. Teruslah Norsi cuba. Memang gebu. Adunan pun elok x melekat di tangan. Sakan Sakinah dan Ikhwan menggentel donut bersama-sama emaknya.

Di sini Norsi saln semula resepinya. Senang Norsi nak rujuk di lain kali.

Bahan :
1 sudu yis 
Setengah cawan air suam
Sesudu gula

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin (Norsi guna butter yang dilembutkan pada suhu bilik)
2 sudu tepung susu (Norsi guna susu tepung bebudak ni aje)
Sedikit garam

Cara :
Sesudu yis dimasukkan ke dalam setengah cawan air suam. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur. Kemudian tunggu yis kembang (dia akan berbuih sedikit).

Campurkan tepung gandum, marjerin, susu tepung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan campuran yis tadi. Bolehlah ditambahkan air atau tepung sehingga mendapat adunan yang tidak melekat dijari (atau sehingga anda berpuas hati dengan adunan).

Tutup adunan dengan kain (selalunya kain bersih yang dibasahkan sedikit). Norsi guna plastik wrap aje. Biarkan selama setengah jam. 

Lepas tu bolehlah mula menggentel donut. Selalunya adunan dicanai nipis dan ditekap dengan acuan donut ataupun mulut gelas bagi yang takde acuan. Norsi pula bulatkan adunan tu kecik2 dan tepekkan dengan tapak tangan je. Lepas tu buat lubang di tengah2. Buat pun saiz mini je.

Pemilik resepi terus goreng donut ni. Tapi Norsi rehatkan adunan yang dah dibentuk ni dalam setengah jam. Bagi dia kembang lagi. Lepas tu barulah digoreng.

Sakinah dan Ikhwan suka benar dengan donut ni. Sedap agaknya makan panas-panas. Lapan ketul donut mini habis kat diaorang dua beradik je.

Thursday, June 6, 2013

Masak-masak makan-makan

Kebelakangan ni memang mood berblogging sangatlah ke laut. Online pun jarang2. Minggu lepas mood lebih kepada memuaskan tekak. Masak pun ikut teringin tekak Norsi. Ni la agaknya bahana melayan rancangan  masak-memasak banyak sangat. Dan dan la teringin itu ini.

Tengok rancangan 'Makan Angin' (AFC Channel).. tekak terus la rasa nak makan gulai kawah dan laksam. Nasib baik di KK ni ada satu restoran menjual gulai kawah yang memang sedap bagi tekak Norsi. Gigih en big boss bawa kami meredah hujan lebat dan banjir semata2 nak bagi bini dia ni makan gulai kawah. Sekalinya kedai tutup. Pergi pula di lain hari. Dapat la makan gulai kawah. Malangnya hari itu gulai kawahnya rasanya agak mengecewakan.

Laksam pula mmg susah nak cari kat KK ni. Nak pula yang kena dengan tekak Norsi. Sudahnya telefon mak minta resepi. Sanggup buat laksam sendiri. Nasib baiklah menjadi. En big boss yang cerewet tu pun suka. Ada juga ambil gambar masa buat laksam tu tapi bila dah siap tak dan dah nak amek gamba. Amek pinggan terus hadap je. Juga en big boss berjasa menjadi tukang potong sayur2an sbb Norsi dah fokus buat laksam. Kuah dah siapkan awal2.

Lepas tu teringin pula makan cucur udang. Tapi yang ini en big boss macam tak berapa nak sokong. Sudahnya menu cucur udang Norsi jadi cekodok udang. Tapi kuah cucur tetap juga buat. 

Dah beberapa hari beria nak makan itu ini.. sekarang mood malas masak pula. Hehe. Mula la cari idea nak masak apa yang ringkas2 je. Nasib baiklah en big bossku sporting. Hehe.

Tuesday, May 21, 2013

Resepi : Kek coklat tanpa telur, butter/mentega dan susu

Tgk dalam draft, ada entry ni terperap. Dah lama dah. Sampaikan tak ingat bila Norsi mencubanya. Norsi publish supaya lain kali tahu dimana nak cari bila nak cuba lagi.

Resepi ni Norsi ambil dari blog DayangJack. Untuk kek dalam loyang 9 inci.
Bahan-bahan : 
     2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali
     1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
     2 cawan gula icing
     2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
     2  1/2 cawan air panas
     1/2 sk garam
     160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
     2 sk cuka
     2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu  bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

Friday, May 17, 2013

Setelah sekian lama

Lebih sebulan menyepi. Terlalu banyak yang terjadi. Ujian dan peringatan buat kami.

Rumah kami di KK dipecah masuk ketika Norsi di semenanjung. Laptop buruk penuh jasa antara barangan yang dicuri. Itulah alasan kuat mengapa lama menyepi. 

Dan berderet-deret pula peristiwa demi peristiwa berlaku sesudah itu. Tertinggal kapal terbang, temujanji klinik yang terabai, pakaian di ampaian dicuri.. sungguh Norsi masih terkial-kial cuba menyusun kembali hidup.

Sehingga Norsi 'settle down', nampaknya blog ini hanya akan diserikan dengan entry2 ringkas sekali sekala.

Hopefully this is only for a short time.

Tuesday, April 2, 2013

Entry dari semenanjung

Telah dua minggu berada di Kuala Lumpur. Bercuti 3 beranak (en big boss tak cuti, dia keje). Alhamdulillah majlis kenduri adik bagi pihak kami telah selamat berlangsung Sabtu lepas. Sungguh kami terhutang budi dengan saudara mara yang tidak berkira tenaga dan masa membantu kami sejak dua minggu lepas lagi. Ucapan terima kasih rasanya macam tidak mencukupi. Juga ucapan teirma kasih buat yang sudi memenuhi jemputan kami memeriahkan majlis. Terima kasih. Terima kasih.

Hendak letak gamba, gamba dari handphone Norsi tak bole upload pula. Tunggu gamba dari saudara mara baru bole letak (^_^)

Tuesday, March 19, 2013

Learning time

Mum is teaching little brother shape.

This is
Ikhwan - square. 
Mum - Good.

This is


Ikhwan - round. 
Mum - Good.

This is 

Ikhwan - star. 
Mum - clever.

And then it come to this shape

Ikhwan - errr.. (looking at mum with the 'help me' eyes)
Mum - err.. (suddenly blur).. err round
The big sister - suddenly put her hand on the shape and said 'Oval'

Hahaha... anak ajar mak. Malu weih. 

Sunday, March 10, 2013

Kisah kad kahwin handmade adik

Akhirnya telah berjaya menyiapkan kad kahwin adik. Fuhhhh.... kadnye simple aje, nak buat pun tak susah mana tapi nak mencari masa nk buat tu yg payah. Nak nak pula ada dua org budak yang asal maknye pegang kertas je dorang pun sibuk sama. Jadi bila dah selamat poskan semuanya semalam, legaaaa sngt.

Sebenarnya mudah je kad yang Norsi buat ni. Cuma perlu print, potong dan gam. Masa Norsi bagi pilihan kat adik (ada 4 ke 5 pilihan) dia pilih kad ni



Kad gabungan warna krim dan ungu.
Jadi memula print dulu. Norsi guna printer biasa je yang ada kat rumah ni. Norsi guna kertas saiz A4 yang biasa. Untuk bahagian luar Norsi guna kertas yang keras sikit (160g) warna krim dan untuk bahagian dalam Norsi guna kertas lembut sikit (80g) warna ungu lembut.


Bersedia untuk disiapkan. Bahagian depan dan dalam yang telah siap dicetak  dengan alatan yang diperlukan.
Norsi guna pisau, pembaris dengan gam je.
Bahagian dalam.  Disebabkan Norsi guna 2/3 je dari keseluruhan kertas, kena la potong.
Bahagian dalam yang telah siap dipotong. Lepas potong tu terus lipat.
Lepas tu gunakan bahagian dalam yang telah dilipat sebagai
kayu pengukur untuk lipat dan potong bahagian luar pula.
Kita guna pembaris je. Potong dengan pisau.
Siap dipotong. Masa untuk digam pula.
 Gam di bahagian tgh kertas krim lepas tu letak je kad ungu
Tara!! Dah siap.  
Ringkas je nak membuatnya. Tapi nak siapkan beratus-ratus berpeluh juga. Sebenarnya sampulnya pun Norsi buat sendiri. Guna kertas yang sama seperti bahagian dalam. Tapi tak dapat buat sampul untuk semua. Tak sempat. Sudahnya beli je sampul biasa :p